thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Sepi bertandang lagi

Jeti Kuala Kemaman merupakan kebergantungan utama buat ribuan nelayan tempatan dalam menjana pendapatan seharian.

Kehadiran musim monsun timur laut pula menyaksikan suasana di jeti tersebut sunyi daripada aktiviti sektor perikanan.

Rata-rata nelayan terpaksa ‘direhatkan’ daripada turun ke laut berikutan keadaan angin kencang dan ombak besar yang menjadi rutin tahunan.

Sepanjang musim ini kebanyakan nelayan beralih tumpuan kepada aktiviti lain seperti membaiki pukat dan bot.

Tinjauan Malaysiakini mendapati keadaan di jeti Kuala Kemaman begitu hening walaupun kawasan tersebut 'panas' dengan pilihan raya kecil (PRK).

Kini kedua-dua pihak sedang giat berkempen sebelum tiba hari mengundi pada 2 Dis depan.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan di antara calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dan calon PN diwakili Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.