La Palma
Ternyata sampah dalam bentuk surat dan emel terus menyerang. Agak bingung dan bengang juga dalam dua dunia berlainan, tidak dapat lari dari sampah. Sampah emel yang bernama spam tak henti memenuhi Inbox . Manakala sampah surat dengan segala brosur dan tawaran istimewa sama memenuhi meja.
Pada mulanya agak menyeronokkan. Lama-lama membosankan sekali. Ada yang kitar semula, menghantar berkali-kali. Seolah-olah tidak faham yang penerima sudah menyampah.
Apakah anda mahu menjadi insan yang lebih baik dari sekarang?
Tak perlu! Jawab saya sendiri. Ketawa. Memang tidak perlu, bersyukur dengan apa yang ada.
Berhenti merokok dalam masa seminggu! Surat yang lain mengiklan.
Terimakasih, saya tidak merokok! Sambil membuangnya ke dalam tong sampah.
Dapatkan kad kredit dengan faedah terendah! Begitu besar surat dari sebuah bank yang dulu pernah bangkrap dan bertukar nama dua tiga kali.
Cukuplah satu kad, tak mahu lagi berhutang! Buang lagi dalam tong sampah yang penuh dengan surat dan bil. Boleh dijadikan 'paper lama'.
Entah berapa banyak pokok yang telah ditebang untuk segala surat sampah. Mencemar alam. Memanaskan lagi suhu dunia dan meluaskan ruang ozon. Apakah mereka, para penghantar iklan ini, tidak berfikirkan itu semua? Perosak alam.
Itu adalah antara puluhan yang tiba dalam masa seminggu dari dalam negeri. Sekretari yang baru bekerja sekadar melambakkan diatas meja.
Tentunya si penghantar mendapat alamat dari buku panduan telefon. Mungkin juga dari pangkalan data pelanggan bank atau syarikat kredit kad bisnes yang bagus dengan menjual nama dan alamat.
Masuk dunia Internet, diserang pula spam yang datang dari seluruh dunia. Jual kondom. Membesarkan anu dua tiga inci. Kepuasan seksual. Kad kredit maya. Melupaskan hutang secara paling mudah. Pil-pil kesihatan. Viagra.
Sudah berapa kali cuba menapis melalui perisian, tetapi lebih banyak yang bolos ke dalam Inbox . Kadang-kadang menakutkan juga dengan virus, cecacing dan Trojan menyelinap sama. Lagi memalukan kalau tersangkut dengan jpeg porno. Walau sesekali ada juga mencuri peluang untuk melihat gambar-gambar porno yang turut dihantar secara spam. Mencuci mata yang masih banyak gatalnya.

Lebih merimaskan apabila menerima sampah dalam bentuk SMS. Sampah canggih. Ada saja dihantar 24 jam sehari, kadang-kadang menganggu tidur dan anti-klimaks. Itu belum yang datang dari peti pandir bernama TV. Hiburan, hiburan, hiburan. Iklan. Iklan. Iklan. Propaganda. Propaganda.
Seperti kata Woody Allen di Beverly Hills: "Mereka tidak membuang sampah, mereka memasukkannya dalam TV!"
Ya, sampah di mana-mana. Dari menara tertinggi di dunia ini juga boleh nampak sampah memenuhi pandangan di bawah sana, terutama jalan-jalan belakang. Kawasan yang jarang dilalui pelancong. Di antaranya ternampak sampah dalam bentuk manusia. Penagih dadah. Peragut. Perasuah. Perogol. Penyamun. Pembunuh. Pembohong, 'Conman'.
GRO sambilan
"Bang, sudah seminggu kontraktor tak angkut sampah kawasan rumah kita ni!" suara dari isteri di telefon yang menambahkan kurang selera. Memang masalah sampah yang tidak diangkut sudah menjadi perkara biasa. Bau yang memualkan, lalat dan segala ulat memberikan warna-warna realiti kehidupan di kota. Bukan tidak pernah membuat aduan. Sudah beratus kali dibuat oleh persatuan penduduk. Melalui telefon, melalui emel, melalui faks dan pergi sendiri ke pejabat majlis perbandaran yang tersergam dan canggih. Malah pernah berdemonstrasi secara haram dengan membawa sepanduk.
Tidak membawa perubahan apa-apa. Walau pelbagai janji manis telah bertaburan seperti saja sampah-sampah yang tidak diangkut. Berbuih mulut mengadu, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lama-lama jadilah kami seperti anjing menyalak bukit. Bukit buat bodoh dan terus menyombong.
"Maaf Encik Ricky, Dato mahu jumpa sekarang!". Tiba-tiba sekretari menjengah sambil tersenyum nakal. Namanya Zorita, tahu yang saya sedang berkhayal. Saya jumpa Zorita di sebuah kelab dangdut, jadi GRO sambilan. Kebetulan sekretari lama saya berhenti kerja kerana sudah jadi jutawan MLM.
Dato sudah menanti dengan menantu lelakinya, Jaafar Kasim, lebih dikenali sebagai J.K. sebagaimana Dato yang glamour sebagai J.O, pendekkan dari nama sebenar Johari Omar. Macam J.Lo sahaja bunyinya. Berimej seksi. Yang seksinya pada Dato ialah kepalanya yang telah licin macam Kojak. Boleh masuk senarai lelaki paling seksi, setaraf Beckham.
J.K. dan saya sama-sama berjawatan naib presiden kanan di syarikat pengurusan bangunan kepunyaan Dato J.O. Saya sudah 45 tahun, manakala J.K baru sahaja 30 tahun. Orang kata dialah yang paling berkuasa dalam syarikat. Saya pula sekadar orang tua yang menumpang sahaja walau sudah 20 tahun dalam syarikat. Bila-bila masa boleh kena tendang.
Antara saya dan J.K. memang ada permusuhan peribadi. Politik pejabat yang tidak dapat dielakkan. Dia langsung tidak menghormati saya yang lebih senior dan banyak pengalaman. Seakan sebagai menantu Dato, dia boleh buat apa saja. Saya selalu tidak bersetuju dengan dia tetapi selalunya Dato masih mendengar pendapat saya.
Itu mungkin membuat J.K menyampah dengan saya. Selalu cakap besar yang dia pernah ke Harvard, yakni berkursus selama seminggu. Itupun mahu masuk alumni Harvard Business School. Manakala saya hanya lulusan universiti tempatan dalam bidang sastera. Cuma dia tidak mempunyai pengalaman turun naik dunia korporat seperti saya. Belum faham selok-belok politik dan kerangka putar alamnya. Masih hingusan. Mana ada ijazah yang boleh sama dengan 20 tahun pengalaman menjadi kaki bodek dan pengampu.
"Ini ada jemputan sebagai konsortium untuk menyertai projek mega di Dubai!" Dato J.O. memulakan perbincangan. Sambil menunjukkan kertas cadangan yang bertajuk "Peluang Kontrak di La Palma, pulau buatan ajaib di Dubai!"
Saya meneliti kertas kerja yang agak tebal. Siap dengan angka pelaburan, untung rugi dan strategi pelaburan. Termasuk gambar-gambar berwarna pulau yang berbentuk pokok kurma itu. "The Eight Wonder of The World!"
"Konsortium untuk mengutip sampah?" tanya saya, tentunya terperanjat. Entah mengapa tiba-tiba saya berdepan dengan sampah dalam pelbagai bentuk, cara dan ruang. Kali ini dalam bentuk kertas kerja. Kertas kerja sampah untuk buat bisnes sampah.
"Ya, ini peluang paling baik, kita buat insinerator ... bla bla ... boleh untung sekurangnya 50 juta setahun!" Seperti biasa, J.K. akan menunjuk pandai dengan pelbagai hujah dan fakta. Berceramah. Dia dulu pernah masuk debat peringkat sekolah asrama penuh. Masih saja dengan gaya Debat Piala Perdana Menterinya.
Suara J.K seolah-olah agak terdesak. Mungkin ini adalah idea beliau yang paling bernas sejak makan gaji buta sebagai menantu Dato. Barangkali juga dia sudah tidak mahu lagi sekadar pemanas kerusi paling empuk selepas kerusi Dato, yang harganya ribu-ribu buatan Itali. Mahu lebih dari itu, memanaskan kerusi empuk saya pula.
"Kita kena selidik betul-betul, kalau sekadar cantik dalam kertas kerja, tentu ramai boleh buat. Kena buat lawatan ke tapak projek, bertemu dengan mereka yang terlibat, mana tahu sudah ada yang masuk... Jangan nanti bising-bising, hapak pun tarak!"
Seperti biasa, Dato banyak bersetuju dengan saya. Nampak muka menyampah J.K. yang tidak berpuasa hati. Kalah lagi. Tentu dendamnya makin kuat.
"Kita kena pergi ke Dubai secepat mungkin dengan ahli konsortium yang lain, J.K. tolong buat persiapan....!" Arahan Dato menamatkan perbincangan petang Khamis itu. J.K. terkial-kial macam budak suruhan, tercabar kejantanannya.
Saya seperti biasa akan segera mahu pulang cepat unrtuk mengejar malam Jumaat. Dan sekretari bagai faham yang saya tidak senang duduk. Waktu itu masih ramai di pejabat, majoriti buat-buat sibuk. Di antaranya mungkin kaki spy J.K. yang sentiasa cuba mencari lubang untuk menanam saya hidup-hidup. Saya tahu siapa mereka, yang berlatih sebagai bakal kaki bodek dan pengampu nombor wahid, cuma masih belum berpengalaman.
Gunung berapi di Canaries?
Saya membawa balik kertas kerja La Palma untuk dibaca. Agak berminat juga dengan pembuatan pulau sebesar Singapura di Teluk Arab. Sekali fikir terasa gila pula orang-orang Arab. Apalagi apabila semakin ramai pelancong Arab yang memenuhi ibukota. Di mana-mana ada mereka. Seakan-akan mereka sedang menyerang secara ekonomi, kalau tidak menambahkan lagi sampah-sampah yang sudah melambak-lambak.
"Bukan La Palma nama pulau gunung berapi di Canaries?" tanya anak sulung saya apabila terpandang kertas kerja di atas meja. Baru berusia 15 tahun, akan mengambil PMR tahun ini. Dalam begitu sakan dengan Akademi Fantasia dan bolasepak Liga Super, tahu juga dia pengetahuan am.
"Mana Fawwaz tahu?"
"Itu dalam Discovery!"
Saya tersenyum bangga. Dalam banyak hal, saya kurang ambil tahu mengenai pelajaran anak-anak yang lima orang itu. Semuanya tanggungjawab isteri saya yang tidak bekerja sejak dibuang kerja sepuluh tahun lalu kerana ekonomi meleset. Sama ada Fawwaz sudah baligh atau tidak pun, saya tidak pasti. Mungkin sudah sebab suaranya sudah berubah.
"Kata saintis, batu sebesar pulau Isle of Man boleh bila-bila masa saja memecahkan La Palma, menyebabkan mega-tsunami dengan kelajuan 560 batu sejam, gelombang besar akan menyeberang ke seluruh lautan, memusnahkan apa saja yang dilalui, banyak pulau dan benua yang akan tenggelam...!"
Bunyinya macam filem Hollywood sahaja. Entah berapa kali Amerika sudah musnah, dari King Kong dahulu ke gelombang besar dalam 'The Day After Tomorrow'. Malah berapa banyak 'alien' sudah menyerang Amerika termasuk pada hari kemerdekaan. Mungkin sebab itu Amerika mahu terus menyerang negara-negara lemah untuk memastikan survivalnya.
"Termasuk Singapura ke?" tanya saya sinis dan nakal, cuba menduga Fawwaz sama ada dia faham atau tidak dengan jenaka politik bodoh, terutama mengenai persaingan dua negara berjiran yang pernah menjadi sebuah negara. Terutama apabila generasi saya masih saja saling curiga dengan kekiasuan orang seberang tambak yang baru mendapat Perdana Menteri baru.
"Bukan sahaja Singapura, Pulau Pinang pun boleh tenggelam...!"
Saya cepat-cepat ke PC untuk mencari bahan rujukan di Internet mengenai La Palma, pulau ajaib Dubai dan pulau gunung berapi. Boleh saja menjadi gelombang 'La Palma' untuk J.K. Tsunami yang bakal menenggelamkan seorang anak muda yang tidak sabar untuk naik tangga korporat. Tidak sabar dan tidak bijak. Terlalu bercita-cita tinggi tetapi pendek akal. Strategi budak-budak..
Membaca kertas kerja projek mengutip sampah di Pulau La Palma memberikan banyak lagi peluru untuk menyerang. Banyak fakta J.K. yang tidak tepat. Terutama dari segi ramalan kos, perbelanjaan dan pulangan. Dia menggunakan bahan sumber yang salah, lintang pukang dan haru biru. Macam dia berjalan, kengkang.
Dalam keghairahan meneroka La Palma dan rimas dengan bau sampah yang sudah begitu busuk di sekeliling kawasan perumahan, walau dalam hawa dingin, saya terlupa ada kewajiban malam jumaat sebagai seorang suami.
Dan dalam keghairahan mencari bahan untuk membunuh karier J.K itu, tidak sedar yang isteri saya merajuk hingga ke pagi. Pagi-pagi lagi gelombang dari penangan gunung berapi La Palma seorang isteri memecahkan keharmonian hari. Apalagi saya terlupa memadamkan beberapa 'sampah' SMS yang dihantar Zorita. Cemburunya bertambah-tambah apabila membaca muka depan suratkabar mengenai laporan sensasi dari mahkamah. Mengenai kes bunuh seorang eksekutif pemasaran.
Saya terpaksa tidur di sofa beberapa malam berikutnya. O la la. Panasnya lava La Palma!

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.