Seni di Chini
Satu program telah diadakan oleh pihak Balai Seni Lukis Negara dibawah Cawangan Pendidikan bagi menjalankan aktiviti "Seni Untuk Semua" di Felda Chini 3, Mukim Penyor Pekan Pahang. Program ini adalah bertujuan mempertingkatkan kefahaman kepelbagaian bidang seni tampak menerusi aktiviti yang dijalankan, memupuk sambil mendidik masyarakat tentang seni serta memberi pendedahan dalam mempraktikkan penggunaan bahan bagi penghasilan karya.
Program ini telah diketuai oleh Puan Rohana Mohd Yusaf selaku Kurator Cawangan Pendidikan BSLN sambil dibantu oleh Shamsul Bahari, Norazlina, Rosaniza, Asnita dan saya sendiri bagi tujuan mendokumentasi segala aktiviti yang akan dijalankan disana. Program yang bermula dari 6 Jun hingga 9 Jun 2005 ini juga melibat kan peserta dari Ahli Kelab Seni Balai Seni Lukis Negara yang berumur 5 hingga 15 tahun dan sukarelawan yang terdiri dari guru, pensyarah dan ibubapa yang jumlahnya lebih kurang 40 orang.
Satu program telah diadakan oleh pihak Balai Seni Lukis Negara dibawah Cawangan Pendidikan bagi menjalankan aktiviti "Seni Untuk Semua" di Felda Chini 3, Mukim Penyor Pekan Pahang. Program ini adalah bertujuan mempertingkatkan kefahaman kepelbagaian bidang seni tampak menerusi aktiviti yang dijalankan, memupuk sambil mendidik masyarakat tentang seni serta memberi pendedahan dalam mempraktikkan penggunaan bahan bagi penghasilan karya.
Program ini telah diketuai oleh Puan Rohana Mohd Yusaf selaku Kurator Cawangan Pendidikan BSLN sambil dibantu oleh Shamsul Bahari, Norazlina, Rosaniza, Asnita dan saya sendiri bagi tujuan mendokumentasi segala aktiviti yang akan dijalankan disana. Program yang bermula dari 6 Jun hingga 9 Jun 2005 ini juga melibat kan peserta dari Ahli Kelab Seni Balai Seni Lukis Negara yang berumur 5 hingga 15 tahun dan sukarelawan yang terdiri dari guru, pensyarah dan ibubapa yang jumlahnya lebih kurang 40 orang.
Seni untuk semua
Semua peserta berkumpul di Balai Seni Lukis Negara sebelum bertolak ke Felda Chini 3,sebelum bertolak jam 9.00 pagi. Suasana pagi itu agak tenang dan tidak sibuk kerana hari itu adalah adalah hari bekerja sehingga menjelang jam 11.00 pagi suasana menjadi panas terik dan kehangatan mula terasa, namun atas semangat semua urusetia dan peserta perjalanan ini tetap diteruskan demi "Seni Untuk Semua". Selepas berhenti makan dan sembahyang zuhur kami meneruskan perjalanan kami, rasa seperti tidak sabar untuk melihat bagaimanakah pemandangan di daerah yang terkenal dengan mitos tentang kewujudan naga itu, lebih-lebih lagi saya masih belum pernah menjejak kan kaki kesana.
Kami tiba di hadapan TBK Kemas Annur, Felda Chini 3, Pahang kira-kira jam 3.00 petang, kedatangan kami disambut dengan senang hati dan senyuman oleh AJK Felda Chini 3. Setelah memperkenalkan diri serta tujuan kami ke sana, kami juga dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan sejurus tiba disana. Hati saya amat teruja melihatkan perwatakan peramah Ibu, Pak Mat, Pak Lah dan masyarakat Felda Chini 3 yang baik hati dalam menyambut kami walaupun baru pertama kali saya kesitu. Tidak pernah saya diberi layanan yang baik seperti itu dan saya harap kawan-kawan serta peserta yang lain juga sedar akan sikap keramahan mereka.
Tanpa melengahkan masa, kami urusetia BSLN yang telah diamanahkan oleh rakyat memulakan aktiviti yang telah kami jadualkan untuk sepanjang hari itu. Aktiviti kami bermula dengan melakar imej diatas dinding di TBK Kemas Annur yang diketuai oleh 2 orang pelukis jemputan kami iaitu Zuzila Zain dan Saiful Rezal. Tujuan kami sebenarnya adalah untuk menghasilkan lukisan mural untuk TBK Kemas Annur dan lukisan mural ini bukan sahaja sekadar lukisan kerana kami mahukan masyarakat Felda Chini 3 terlibat serta dalam aktiviti tersebut agar mereka lebih terdedah dengan lukisan mural dan seni.
Walaupun cuaca agak terik namun ia tidak melumpuhkan semangat urusetia BSLN dan para peserta untuk meneruskan lakaran mereka. Keramahan orang-orang disitu menyebabkan kepanasan dan keletihan kami hilang apabila ada diantara masyarakat disitu membawa buah-buahan sebagai santapan kami. Celoteh Pak Mat yang tidak henti-henti membuatkan kami tidak ada rasa segan silu ketika berada disana. Walaupun hari sudah lewat petang namun masih ada saudara saudari Felda Chini 3 yang setia menunggu dan melihat kami melakar dan akhirnya lakaran tersebut berjaya disiap jam 6.00 petang seperti yang telah dirancangkan dalam jadual kami.
Petang itu kami bertolak dari Felda Chini 3 dan tiba jam 7.00 malam Resort Dinar Tiara Sdn. Bhd, Tasik Chini. Setibanya di sana saya pantas turun dari kenderaan dan melihat-lihat kawasan pemandangan persekitaran di situ. Tidak salah-lah tempat yang kami pilih itu kerana ianya sungguh indah, nyaman, sunyi dan tenang, sesuai untuk merehatkan minda. Setelah bersiap dan makan malam, kami semua mula menjalankan aktiviti masing-masing kerana tidak ada aktiviti yang dijadualkan untuk malamnya. Berehat diatas kerusi malas yang disediakan di anjung bilik sambil merasai deruan angin, tenang dan sunyi sangat mempersonakan berbanding di bandar yang sesak,sibuk,bingit dan udaranya yang kotor. Malam makin gelap, mata makin layu, tenaga masih diperlukan untuk besok hari.
Aktiviti-aktiviti
Keesokkan harinya pula aktiviti kami diteruskan dengan senaman pagi yang diketuai oleh Shamsul Bahari Yusof agar semua urusetia dan peserta yang terlibat lebih cergas untuk menjalankan aktiviti untuk hari itu. Selepas selesai senaman kami semua dihidangkan dengan sarapan pagi sambil menikmati udara pagi yang segar serta pemandangan tasik yang luas dan cantik pada paginya. Tupai yang turun dari pokok untuk mencari makanannya telah mencuri perhatian kami disana. Kami berkumpul di dewan Felda Chini 3 tepat jam 9.00 pagi, kelihatan sudah ramai yang menunggu ketibaan kami di situ untuk sama-sama menjayakan aktiviti yang kami sediakan.
Aktiviti untuk hari itu tertumpu kepada dua aktiviti iaitu menyudahkan lukisan mural di TBK Kemas Annur dan juga bengkel seni yang akan diajar oleh pelukis Saiful Rezal kepada anak-anak TBK Kemas Annur. Aktiviti bermula dengan pemakaian lencana yang tertulis "Art for all" kepada semua anak-anak yang menyertai bengkel seni hari itu. Pemakaian lencana itu adalah sebagai satu langkah untuk memupuk minat kepada seni pada peringkat awal untuk anak-anak Felda Chini 3.
Aktiviti seterusnya diambil alih oleh pelukis Saiful Rezal, seorang pelukis graduan UiTM yang mengambil bidang Seni Cetakan sebagai media utamanya, berpengalaman luas dalam bidang seni cetakan, pelukis merasakan perlu ada pendedahan kepada anak-anak serta masyarakat di situ tentang seni cetakan. Sambil dibantu oleh urusetia BSLN anak-anak itu mencuba dengan baik untuk menghasilkan sebuah karya mereka. Bengkel seni itu berjaya mendapat sambutan daripada anak-anak TBK Kemas Annur dan juga masyarakat Felda Chini 3. Kemeriahannya bukan setakat itu sahaja, setelah membuat dokumentasi di dalam dewan tersebut, saya terus berlari untuk melihat apa yang terjadi pada lukisan mural yang diketuai oleh pelukis Zuzila Zain di TBK Kemas Annur itu.
Sampai sahaja di situ saya lihat ramai yang terlibat, bukan sahaja ahli kelab BSLN malahan Masyarakat Felda Chini 3 yang terdiri dari remaja,orang dewasa dan yang paling memeranjatkan saya warga veteran juga turut serta dalam menyudahkan lukisan mural itu. Walaupun pada mulanya mereka agak malu untuk mencuba namun akhirnya mereka pegang juga sebatang berus dengan warna yang diberi untuk memberi sentuhan mereka.
Kami bukan sahaja menerima kunjungan YB Yang Behormat Abu Bakar Hj. Harunhaja tetapi juga kunjungan dari Pegawai Seranta Negeri Pahang Encik Ibrahim. Kunjungan ini amat bermakna kepada kami kerana ia dilihat sebagai satu penghormatan dalam menyemai minat seni lukis terhadap masyarakat. Seperti biasa aktiviti kami pada hari itu selesai pada jam 6.00 petang.
Mendekatkan seni
Petang itu juga saya sempat berjalan-jalan bersama beberapa rakan lain di sekitar kawasan berdekatan, aktiviti remaja disana lebih ke arah sukan, anehnya bila saya dan rakan-rakan lain berjalan ditepi padang itu ada seorang remaja yang menegur dan mengajak sama kami untuk turut serta bermain bola sepak bersama mereka.
Akitiviti kami pada hari yang berikutnya pula dimulakan dengan meninjau secara lebih dekat tentang masyarakat orang asli khususnya di Kampung Gumum dan Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, Kg. Gumum yang terletak di dalam kawasan felda tersebut. Suai kenal dimulakan diantara kami dan Cikgu Imran serta anak-anak orang asli sekolah itu. Bengkel seni untuk kali ini dibahagikan kepada dua bahagian yang diketuai oleh Zuzila Zain dan Saiful Rezal. Zuzila Zain memperkenalkan cara-cara melukis diatas permukaan lain seperti batu dan botol. Idea kreatifnya membuah kan hasil apabila mendapat perhatian daripada anak-anak orang asli di situ.
Tujuannya bukan sahaja untuk mengajar atau mendekatkan seni pada anak-anak orang asli tetapi juga mengajar supaya kami menjadi lebih kreatif agar barang-barang terbuang boleh juga dijadikan sebagai karya seni. Pelukis Saiful Rezal pula menunjukkan cara-cara seni cetak kepada anak-anak orang asli. Saiful mengaplikasikan tumbuhan sebagai subjek utama dalam pengajarannya kepada mereka. Teknik cetakan seperti monoprint yang diajar semalam diperkenalkan pula kepada anak-anak orang asli. Begkel seni hari itu disertai oleh lebih kurang 40 orang anak-anak orang asli dan kami percaya kami telah berjaya menyuntik semangat anak-anak itu tentang seni sebagi sesuatu yang unik.
Program ini telah mendapat sambutan yang sungguh baik dan menggalakkan dari semua pihak terutamanya warga penduduk Felda Chini 3. Program ini juga mampu mendekatkan "Seni Untuk Masyarakat" sepertimana yang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sarankan (KeKKWa). Bagi saya program seperti ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara kami yang di kota dengan masyarakat di desa. Secara peribadinya saya merasakan program ini telah membentuk satu pendekatan yang lain untuk mempelajari ilmu seni tampak dan sesungguhnya program ini telah mengajar saya tentang hubungan itu juga sesuatu yang berseni.
Hubungan ini yang dibawa dan menjadi kenangan kami untuk dikenang bersama. Semoga program seperti ini lebih kerap diadakan,dilaksanakan dan diperluaskan demi memupuk semangat cintakan seni dari peringkat awal. lagi. Saya melihat usaha Balai Seni Lukis Negara ini secara tidak langsung telah menjadikan Felda Chini 3 sebagai landasan bagi pusat kegiatan seni dalam memupuk penghayatan dan pengetahuan seni tampak secara lebih efektif dikalangan warga peneroka. Seni itu indah, jadikanlah seni itu bermakna dalam hidup kita dan masyarakat.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.