Petr Cech tinggalkan Chelsea sertai juara Piala FA
Selepas gosip demi gosip melanda penjaga gol Chelsea, Petr Cech, Arsenal didakwa bersetuju untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Republik Czech itu.
Daily Star melaporkan, Arsenal mengambil keputusan tersebut selepas Cech tidak menyambung kontrak dengan The Blues.
Perbincangan antara kedua kelab itu dikatakan sudah mencapai kata sepakat termasuk mengenai bayaran gaji pemain berusia 33 tahun itu.
The Gunners dilaporkan sedia membayar RM82.7 juta untuk menyunting Cech seperti tawaran dibuat oleh Chelsea.
Sementara itu, difahamkan posisi Cech di Chelsea selama 11 tahun itu bakal diganti dengan pemain Queen Park Rangers, Robert Green.
Terdahulu, Cech mendedahkan dia enggan menamatkan kariernya di Stamford Bridge sebagai pemain gantian kepada Thibaut Courtois.
Dia yang menyertai pasukan itu sejak 2004 memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Ingggeris (EPL), empat Paila FA, satu trofi Liga Juara-Juara dan tiga gelaran Piala Liga.

