Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, menegaskan bakal bertahan di White Hart Lane bagi kariernya pada musim depan.

Kernyataan itu pahit untuk ditelan  buat Manchester United (MU) yang disebut-sebut tertarik membawa pemain muda itu ke Old Trafford.

"Saya bahagia di Spurs dan masa depan saya bersama Spurs," kata Kane.

Kane mengakui dia gembira dengan kariernya di Spurs karena kelab tersebut dinilainya sebagai pasukan besar.

Bagi Kane, dia berasa tidak perlu untuk mendokong kelab lain untuk merealisasi impiannya bersama kelab besar.

"Saya dapat tahu adanya kelab lain yang mahu menarik saya, tetapi cukup sekadar itu.

"Saya hormati, tetapi Tottenham juga adalah sebuah kelab besar,dan orang menganggapnya seperti itu.

"Saya berada di kelab besar saat ini dan menikmati perjalanan karier," jelas Kane.

Nama pemain berusia 21 itu dikatakan menjadi buah mulut di kalangan kelab-kelab ternama termasuk MU dengan prestasi cemerlang 31 gol dalam 34 perlawanan musim lepas.