'Musuh' di padang, sahabat di luar
Tiada kebimbangan – sekurang-kurangnya selepas mengikat kontrak dengan kelab ternama yang terumbang-ambing musim lalu.
Selepas mengikat kontrak dengan Manchester United (MU), Memphis Depay meluangkan masa berlibur bersama bintang Juventus, Paul Pogba dan penyerang Everton, Romelu Lukaku.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram, kelihatan mereka asyik menghabiskan waktu bersama di kolam renang.
Depay disunting Pengurus MU, Louis van Gaal dari kelab Belanda, PSV Eindhoven ke Old Trafford dengan yuran perpindahan £25 juta (RM148.6 juta).
Bagi pemain kelahiran Moordecht dan berusia 21 tahun itu, menyertai pasukan MU adalah bagaikan mimpi menjadi kenyataan.
"Bermain untuk kelab terbesar di dunia dan berkesempatan bekerja dengan seorang yang saya yakin adalah pengurus terbaik di dunia, Louis van Gaal adalah suatu impian yang menjadi kenyataan.
"Saya percaya diri sendiri dengan kemampuan saya dan akan bekerja keras untuk mencapai impian saya," kata Depay seperti dilaporkan Daily Mail.
Turut kelihatan dalam gambar tersebut ialah bekas pemain Chelsea, Salomon Kalou.
Penyokong MU berharap Depay mampu meyakinkan Pogba untuk kembali ke Old Trafford bagi mempersiapkan kelab berkenaan menghadapi Liga Juara-juara 2015-2016.
Pada masa sama Lukaku dikhabarkan sedang dipancing van Gaal untuk memperkuat barisan utama.
Lukaku, penyerang berasal Belgia pernah bersama Chelsea 2011-2014 dan kini berkhidmat dengan Everton sejak musim panas lalu selepas menandatangani kontrak selama lima tahun dengan nilai £28 juta (RM166.2 juta)

