Tanpa kelibat Neymar di atas padang, Brazil tetap bergaya mencatatkan kemenangan mengetepikan Vanezuela 2-1 untuk mara ke peringkat suku akhir Copa Amerika, semalam.

Menamatkan aksi saingan dalam Kumpulan C itu, Brazil tampil dengan gol seawal minit kesembilan melalui pemainnya, Thiago Silva.

Bagi gol kedua, Brazil hanya perlukan enam minit pada separuh masa kedua melalui Roberto Firmino meletakkan skuad bimbingan Dunga lebih selesa.

Bagaimanapun, Venezuela cuba bangkit di saat-sat akhir masa perlawanan dan berjaya membolosi gawang Brazil pada minit ke-84 melalui Nicolas Fedor.

Kehampaan menjadi milik Venezuela sekali gus memberi laluan kepada Brazil layak ke suku akhir apabila perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1.

Ketiadaan Neymar dalam perlawanan itu dilihat tidak mendatangkan kesan besar, sebaliknya mampu mengharungi saingan dengan baik dan menang.

Sementara itu, selain Brazil, tujuh lagi pasukan turut melangkah ke peringkat suku akhir.

Tuan rumah, Chile akan bertemu Uruguay pada Khamis, Bolivia dicabar Peru pada Jumaat dan Argentina berdepan Colombia (Sabtu).

Brazil pula akan meneruskan perjuangan di pusingan kalah mati itu dengan dicabar pasukan Paraguay, Ahad ini.