BPL: Viera sokong City terus pancing Sterling
Rancangan Manchester City untuk melamar bintang muda Liverpool, Raheem Sterling turut disokong bekas ketua pasukan Arsenal Patrick Vieira.
Menurut Vieira, kehadiran Sterling dilihat mampu meningkatkan kualiti skuad The Citizens itu.
Sterling dilaporkan berada di ambang pintu Anfield selepas tawaran sambungan kontraknya dengan kelab berkenaan ditolak.
Situasi itu dikatakan cuba dimanfaatkan City, yang sudah mengemukakan dua tawaran dengan nilai masing-masing ¥30 juta (RM178 juta) dan ¥40 juta (RM237 juta) untuk mendapatkan Sterling.
Walaupun tawaran tersebut ditolak Liverpool, City belum mahu mengalah.
ESPN FC melaporkan, kelab milik Khaldoon Al Mubarak itu bersedia dengan tawaran ketiga untuk Sterling bernilai ¥50 juta (RM296 juta).
Kata Viera, setiap nama besar dalam bola sepak akan dikaitkan kerana City adalah ia kelab besar di Eropah.
"Jika bertanya kepada sepuluh orang tentang Sterling, saya rasa sembilan antaranya akan memberikan jawaban positif. Saya termasuk dalam kelompok sembilan orang tersebut berdasarkan prestasinya di Liverpool," kata Vieira.
Vieira yang kini Pengurus Pembangunan pasukan bawah 21 tahun City bagaimanapun berkata, dia tidak mempunyai kuasa bagi urusan membawa Sterling.
"Itu urusan pasukan utama, saya hanya memberikan pendapat," ujarnya.

