MU, Ramos belum ada jodoh
Percubaan pertama Manchester United (MU) mendapatkan khidmat pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos berakhir dengan kegagalan.
Menurut laporan portal berita Independent, MU tidak menyertakan penjaga gol mereka, David De Gea, sebagai sebahagian daripada pakej tawaran berkenaan.
De Gea dilaporkan memang dalam radar pencarian Real Madrid yang mahu memperkukuhkan benteng pertahanan mereka.
Ba gaimanapun secara timbal balik, MU sendiri belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada Real Madrid untuk mendapatkan De Gea.
Media melaporkan, MU membuat tawaran bernilai £32 juta (RM190 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Sepanyol itu.
Tekanan kini dilihat berada di pihak MU kerana khabar mengatakan, Ramos memberi tempoh yang singkat saja jika ada mana-mana kelab mahu mendapatkannya sebelum dia menyertai siri jelajah bersama Real Madrid.
Sementara itu, MU diberitakan tetap bernekad untuk mendapatkan Ramos.
Sebelum ini, pemain dari Sepanyol itu dikabarkan ingin meninggalkan Santiago Bernabeu kerana tidak berpuas hati dengan tawaran kontrak baru oleh kelabnya.

