Skuad bola sepak bawah 13 tahun (B13) Malaysia terus mengutus khabar manis apabila melangkah ke pusingan akhir dengan menyingkirkan Sevilla FC dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Iber Cup Costa Del Sol 2015, malam tadi.

Sepanjang tempoh 90 minit perlawanan, kedua-dua pasukan terikat 0-0 menyebabkan keputusan menentukan pemenang dibuat melalui sepakan penalti.

Penjaga gol Malaysia, Sikh Izhan Nazrel menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi salah seorang pemain Sevilla FC.

Kecekapan itu membolehkan Malaysia memenangi perlawanan dengan jaringan 7-6.

Malaysia bakal berdepan kelab remaja terkemuka dunia iaitu Sporting Lisbon di perlawanan akhir nanti.

Sporting Lisbon adalah antara kelab utama Eropah yang melahirkan ramai bintang bola sepak di Portugal seperti Cristiano Ronaldo.

 

Malaysia ke Perlawanan Akhir Ibercup kategori B13!Penjaga gol Malaysia B13, Sikh Izhan Nazrel menyelamatkan tendangan...

Posted by NFDP Malaysia - PPBN on  26hb Jun 2015