Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Copa Amerika: Brazil gagal keluar dari badi penalti
Diterbitkan:  Jun 28, 2015 3:30 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Pasukan pilihan Copa Amerika 2015, Brazil tersungkur sekali lagi selepas tewas kepada Paraguay dalam saingan penalti, pagi tadi.

Pada perlawanan suku akhir itu, skuad samba bimbingan Carlos Dunga itu mendahului lawan seawal minit ke-15 melalui jaringan Robinho yang menyempurnakan hantaran Dani Alves.

Bagaimanapun, Paraguay berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 melalui Derlis Gonzalez sekali gus menyukarkan laluan Brazil melangkah lebih jauh.

Selepas terikat 1-1, malang terus menimpa anak buah Dunga apabila kalah 4-3 pada saingan penalti.

Kekalahan Brazil itu seolah-olah mengulangi kedukaan mereka pada aksi Copa Amerika 2011 yang turut tewas saingan penalti bertemu Paraguay.

Paraguay yang melangkah ke peringkat separuh akhir akan ditentang Argentina, Selasa ini.

Lihat Komen
ADS