Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
La Liga: Benitez datang, Benzema 'terbuang'
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 2:51 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Di tengah khabar angin mengenai kemasukan penyerang Juventus, Fernando Llorente ke Real Madrid, tersebar berita kemungkinan Karim Benzema sedang mengemas barangnya untuk meninggalkan Santiago Bernabeu.

Namun jika benar ia berlaku, Benzema pasti tidak akan berdepan sebarang kebimbangan kerana ada sekurang-kurangnya dua kelab di England mengidam untuk mendapatkan khidmatnya, iaitu Arsenal dan Manchester United.

Media Sepanyol melaporkan, bos Real Madrid, Rafael Benitez memang mendesak pengurusan kelab itu untuk mengikat Llorente walaupun di peringkat kelab, mereka tidak menunjukkan minat mendalam untuknya.

Jika takdirnya Llorente - yang hanya menjaringkan tujuh gol dalam Serie A musim lalu - gagal dipikat Benitez tetap mahukan seorang penyerang lain untuk menggantikan Benzema.

Seorang lagi penyerang dimiliki Real Madrid ialah Ronaldo, tetapi buat masa ini penyerang dari Portugal itu dianggap 'kebal' untuk diusik sesiapa.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger memang sudah lama mengidam mengikat Benzema, 27, dan latar belakang mereka yang sama berasal dari Perancis mungkin memberi sedikit kelebihan dalam rundingan - jika ia dilakukan nanti.

Bagi pasukan Red Devils pula, mereka pasti perlu menyediakan peruntukan kewangan yang besar jika berniat menyertai persaingan memikat Benzema.

Lihat Komen
ADS