Pasukan bimbingan Jose Mourinho muncul juara liga buat kali pertama sejak 2010 dengan kelebihan lapan mata berbanding Manchester City di tempat kedua.

Kelab lain pula sibuk mencari pemain baru yang diharap dapat memperkukuhkan lagi pasukan masing-masing.

Arsenal misalnya memikat penjaga gol Chelsea, Petr Cech, Manchester United memukat Memphis Depay dan di Anfield pula enam pemain baru menandatangani kontrak bersama Liverpool, termasuk Roberto Firmino dan Danny Ings.

Namun bagi jurulatih skuad England Gary Neville, Chelsea tetap akan menjadi pasukan pilihan untuk musim depan.

"Pada Julai ini sekiranya urusan perpindahan tidak selesai, saya berasakan kita perlu berwaspada," katanya seperti dilapor media hari ini.

Pada situasi sekarang, kata bekas pemain Manchester United itu, dia berpendapat sangat silap jika mana-mana pihak memandang rendah kemampuan Chelsea.

Namun Neville mengakui berkata, tiada siapa tahu apa akan berlaku pada bulan depan, termasuk kedatangan pemain baru ke dalam pasukan yang bersaing di Liga Perdana Inggeris, serta kemampuan mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai faktor sekitar.

"Buat masa sekarang, Chelsea kekal menjadi pasukan pencabar dan saya rasa semua orang mengatakan perkara sama," katanya.