Sentuhan kecundang skuad B-13 di Salesianos Estoril
Selepas melalui pertandingan tanpa pernah kalah, skuad bola sepak bawah 13 tahun (B-13) Malaysia akhirnya kecundang kali pertama di tangan kelab Paris Saint-Germain (PSG) di saingan suku akhir Kejohanan Ibercup Estoril 2015, sebentar tadi.
Anak buah Lim Teong Kim itu tertinggal 0-4 walaupun turun sebagai pasukan pilihan dan mempamerkan aksi baik pada awal perlawanan.
Rentak permainan pantas pasukan lawan bagaimanapun dilihat memberi kesan kepada skuad B-13 sehingga gawang Malaysia dibolosi pada minit-minit akhir separuh masa pertama.
PSG mengerah tenaga sepenuhnya menyekat Asman Asrul di hadapan.
pic.twitter.com/Il60PfJpy7
— NFDP Malaysia (@nfdpmalaysia)
July 4, 2015
Di awal separuh masa kedua PSG meletakkan kedudukan lebih selesa apabila berjaya menjaringkan gol kedua, hanya dua minit selepas perlawanan bersambung.
Pasukan negara tetap bersemangat memberi saingan dengan beberapa percubaan menarik, bagaimanapun gagal menumpaskan penjaga gol PSG.
Pada minit ke-37 perlawanan (pada setiap perlawanan, separuh masa hanya berlangsung 30 minit) PSG sekali lagi berpeluang peluang merobek gawang Malaysia untuk kali ketiga apabila berlaku salah faham antara penjaga gol dan pemain pertahanan Malaysia.
Pada minit ke-50, PSG terus membenam Malaysia dengan gol keempat melalui tendangan jarak jauh di luar kotak penalti.
Terima Kasih Malaysia!Ketua Pasukan Malaysia B13, Alias Alan mewakili pasukan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas sokongan!#NFDP #TourOfEurope
Posted by NFDP Malaysia - PPBN on Saturday, July 4, 2015
Sementara itu ketua pasukan Alias Alan muncul membuat kenyataan melalui klip video sejurus selepas perlawanan berakhir.
Melalui pesanan ringkas itu dia menghargai dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi rakyat Malaysia kepada pasukan berkenaan.

