Sterling jual mahal sama Liverpool
Hubungan antara Raheem Sterling dan Liverpool dikhabarkan semakin panas.
Ia berikutan pemain berusia 20 tahun itu dilaporkan enggan turut serta dalam jelajah pramusim pasukan The Reds itu.
Hasrat Sterling untuk meninggalkan Liverpool sememangnya bukan lagi rahsia umum selepas dia menolak tawaran menyambung kontrak walaupun pihak pengurusan menawarkan £100,000 (RM586,121) seminggu untuk gaji musim depan.
Liverpool bagaimanapun masih berharap Sterling dapat mengikuti jelajah tersebut sementara memikirkan keputusan untuk masa depannya.
Sebelum ini Luis Suarez pernah meyertai skuad Liverpook walaupun ketika itu dia berada di ambang peghijrahan ke Barcelona.
Barisan pemain Liverpool bakal berdepan perlawanan persabahatan di Thailand, Australia dan Malaysia dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Mereka dijangka akan tiba di Bangkok pada 12 Julai.
Diburu Citizens
Sementara itu, Sterling memberitahu keengganannya itu ketika tiba di Melwood untuk menjalani sesi latihan pertama, Isnin lalu.
The Guardian melaporkan, Sterling meminta namanya dibuang dari senarai pemain ke perlawanan persahabatan di tiga negara tersebut.
Permintaan Sterling dilihat boleh dituruti pengurus Liverpool, Brendan Rodgers. Lebih-lebih lagi jika Manchester City membuat tawaran ketiga untuk Sterling sebelum hujung minggu ini.
The Citizens sebelum ini membuat dua tawaran dengan nilai masing-masing £30 juta (RM175 juta) dan £40 juta (RM233 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain itu. Ia bagaimanpun ditolak The Reds.
Sekiranya Sterling berpindah, Liverpool diktakan telah mempunyai pengganti iaitu pemain sayap Bacelona, Pedro Rodriguez yang diburu Rodgers selepas posisinya diancam Arda Turan.
Begitu juga dengan Denis Cheryshev, pemain Real Madrid yang menghabiskan musim lalu dengan status pinjaman di Villarreal.

