Mula-mula buat tuntutan kenaikan gaji, kemudian mahu berpindah dan tidak menghadiri sesi latihan - ia memang bukan situasi ideal untuk pemain muda Liverpool, Raheem Sterling.

Dia sebelum ini dia telah ditawarkan ke Manchester City dengan nilai masing-masing £30 juta (RM175 juta) dan £40 juta (RM233), tetapi ditolak The Reds.

Bagaimanapun, Liverpool dikhabarkan telah membuat pelan B dengan memikirkan apa yang perlu dibuat apabila Sterling benar-benar angkat kaki pada hari-hari mendatang.

The Reds khabarnya sedang merisik pemian Jerman, Marco Reus.

Reus - yang membantu  Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 - menjadi buruan banyak kelab England pada musim panas lalu. Namun kecederaan dialaminya ketika perlawanan persahabatan pada pramusim lalu menghambat hasrat beberapa kelab di England.

Akhirnya, dia terus berkhidmat untuk Borussia Dortmund selepas menandatangani kontrak baru secara sah.

Tidak minat Barca

Tetapi sekarang, Talksport mendakwa  sekiranya seorang mengeluarkan modal untuk mengeluarkan Sterling dari Merseyzone, Reus akan menjadi akan menjadi pemain yang menggantikan tempat beliau.

Reus dikatakan tidak berminat untuk menyertai Barcelona dan melihat kecenderungannya adalah bersama Liverpool.

Talksport bagaimanapun belum mendapat isyarat jelas mengenai gosip perpindahan pemain yang baru saja selesai membantu Dortmund mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan persahabatan pramusim di Stadium Larkin, malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Reus menghadiahkan gol terakhir pasukannya pada minit ke-88 membolehkan Dortmund membelasah JDT 6-1.