Akpom 'sihir' peminat The Gunners di Singapura
Bintang muda Arsenal, Chuba Akpom, menarik perhatian penyokong The Gunners apabila tampil cemerlang dengan gol hatrik ketika membantu skuad itu mengalahkan Singapore XI 4-0 pada perlawanan persahabatan Barclays Asia Trophy di Stadium Kebangsaan Singapura, semalam.
Gol pertama Akpom terhasil pada minit ke-30 yang memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan selepas pemain pertahanan lawan melakukan kesilapan di depan gawang lawan.
Pemain berusia 19 tahun itu melepaskan tendangan kencang sekali gus mencatatkan nama sebagai penjaring pertama perlawanan.
Menjelang awal babak masa kedua, Arsenal menjarakkan kedudukan selalui sepakan penalti disempurnakan Jack Wilshere selepas Mathieu Debuchy dikasari pemain tuan rumah di kawasan kotak penalti.
Pada minit ke-76, skuad bimbingan Arsene Wenger sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti. Peluang itu menyaksikan Akpom menjalankan tugas dengan baik untuk gol ketigapasukannya.
Sebelum menamatkan perlawanan dengan bergaya, pemain kelahiran United Kingdom itu mencatat hatrik peribadinya selepas berjaya membolosi gawang Singapore XI hasil tandukan kemas.

