JDT, PBNJ kini milik bersama rakyat Johor
Aktiviti bola sepak di Johor terus mencipta berita apabila hari ini diumumkan, pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membuka peluang kepada rakyat negeri itu memiliki saham dalam badan berkenaan.
Dalam pengumuman dibuat di Facebook hari ini, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sejumlah 40 peratus saham kelab bola sepak itu ditawarkan kepada orang ramai dengan keutamaan diberi untuk penyokong Johor.
Keadaan itu, kata Tunku Ismail, membolehkan pemegang saham mendapat hak bersama membuat keputusan.
JDT DAN PBNJ ADALAH HAKMILIK RAKYAT JOHORPasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, July 23, 2015
"Saya selaku Penaung Diraja PBNK masih lagi akan menjadi tulang belakang untuk pasukan JDT dan akan membantu Presiden, Datuk Ismail Karim dalam urusan membabitkan pembangunan dan hala tuju pasukan," katanya.
Kira-kira 24 jam sebelum pengumuman itu dibuat, akaun Facebook Johor Souhtern Tigers ada memuat naik status ringkas bersama poster bertulis: "Berusaha keras secara senyap dan biarkan kejayaan menunjukkan hasilnya."
Berusaha keras secara senyap dan biarkan kejayaan menunjukkan hasilnya.---------Work hard in silence and let success make the noise.
Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, July 22, 2015
Semalam juga Tunku Ismail diumumkan - selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - dilantik sebagai Penaung Diraja PBNJ.
Terdahulu pada 12 Julau beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden PBNJ dan dua hari kemudian secara terbuka Tunku Ismail berikrar memajukan bola sepak negeri itu.

