Dengan sebahagian besar badannya sudah dipenuhi tatu, David Beckham ternyata belum puas.

Justeru bekas ketua pasukan bola sepak England dan Manchester United itu menambah koleksi pada badannya dengan mencacah tatu baru pada 22 Julai lalu sempena hari peringatan perkahwinannya yang ke-16 tahun.

Tatu berbentuk 99 itu diabadikan pada jari kelengkeng Beckham.

Hanya pada Pada 17 Julai lalu, Beckham membuat tatu baru demi anak perempuannya, Harper yang meraikan hari lahir keempat tahun.

 

99 was a good year for me ...

A photo posted by David Beckham (@davidbeckham) on

Menurut Beckham, 99 itu merujuk kepada tahun dia disahkan sebagai suami kepada penyanyi kumpulan Spice Girls, Victoria, pada 1999.

Pada tahun itu juga kelab diwakili Beckham dalam Liga Perdana Inggeris merangkul tiga piala utama, termasuk Piala Juara-juara dengan mengalahkan Bayern Munich di Sepanyol.

 

"Tahun 99 adalah tahun yang bagus untuk saya," tulis Beckham di Instagram yangmemumuat naik gambar tatu terbarunya itu.

Dua bulan selepas itu, Beckham berkahwin dengan Voctoria.