Penyandang Piala FA musim lalu, Arsenal meraih kemenangan besar ke atas Olympique Lyon dengan jaringan 6-0 pada aksi Emirates Cup 2015 di Stadium Emirates, London, malam tadi.

Anak buah Arsene Wenger membuka tirai jaringan pada minit ke-30 melalui Oliver Giroud yang menyempurnakan sepakan percuma oleh Mesut Ozil.

Empat minit kemudian, giliran Alex Oxlade Chamberlain yang menyudahkan umpanan Giroud.

Arsenal meneruskan rentak serangan menggempur pertahanan Lyon. Seminit selepas gol kedua, Arsenal menghasilkan gol ketiga hasil tendangan kaki kiri Alex Iwobi sebelum separuh masa pertama tamat dengan jaringan keempat oleh Ramsey.

Babak masa kedua menyaksikan Arsenal terus menambah jaringan pada minit ke-62 oleh Ozil menewaskan penjaga gawang Lyon, Anthony Lopes.

Pesta gol pasukan tuan rumah itu diakhiri dengan tambah jaringan oleh Santi Cazorla.

Cazorla dengan mudah menyempurkan sepakan percuma dari luar petak sekali gus penalti gagal diselamatkan Lopes meletakkan kedudukan 6-0.