Pemain tenis nombor satu dunia Serena Williams memuatnaik imej dirinya untuk memberi definisi baru mengenai kecantikan.

Bagi pemain tenis berusia 33 tahun itu, seseorang boleh saja kelihatan menawan walaupun pada masa sama memiliki kekuatan.

Kata-kata perangsang disiarkan dalam akaun Instagram @serenawilliams itu memaparkan dia beraksi mengangkang seperti atlet gimnastik.

Mengiringi gambar itu adalah kenyataannya: “Tidak gentar #kuatadalahcantik Lakukan saja.

Imej yang memperlihatkan Serena memakai baju t-shirt putih itu memperoleh 64,791 like dan 1,679 komen setakat hari ini.

Serena baru saja dinobatkan sebagai juara Wimbledon dan mengekalkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu tenis wanita dunia.

 

Fearless #strongisbeautiful Just do it

A photo posted by Serena Williams (@serenawilliams) on