Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Wenger nak Karim, Busquets buat 'langkah Emirates'
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 4:20 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

Kira-kira 48 jam sebelum sepak mula Piala Komuniti Ahad ini, Arsenal dilaporkan cuba memikat dua lagi pemain dari La Liga.

Ketika usaha digiatkan untuk mendapatkan pemain Barcelona, Sergio Busquets, Arsenal juga membuat tawaran baru bagi melamar Karim Benzema dari Real Madrid.

Untuk penyerang dari Perancis itu, Arsenal menyediakan tawaran £40 juta (RM238.7 juta).

Media tempatan melaporkan, Real Madrid sudah bersedia menerima tawaran untuk melepaskan Karim itu.

Sebelum ini mereka menolak tawaran £31.3 juta (RM186.8 juta) mendorong pengurusan The Gunners menaikkan lagi bidaan mereka.

Arsene Wenger dilihat menjadikan Karim sebagai sasaran utamanya untuk memperkukuhkan jentera serangan bagi musim ini dan hubungan baiknya dengan kelab Real Madrid dipercayai menyumbang kepada kelancaran rundingan.

Jika Karim jadi membuat 'langkah Emirates' Real Madrid merancang menggantikan tempatnya dengan pemain Borussia Dortmund Marco Reus.

Untuk Busquets pula The Gunners menyediakan peruntukan £24.4 juta (RM145.6 juta).

Hubungan Arsenal - Busquets diperkatakan minggu ini apabila Wenger menyatakan niatnya memperkuatkan bahagian tengah kelabnya.

Media pula menyatakan The Gunners bersedia memenuhi tuntutan gaji dibuat Busquets.

Namun langkah itu mungkin tersekat kerana Barcelona dipercayai tidak akan melepaskan Busquets.

Lihat Komen
ADS