Liverpool main mata dengan Young
Buntu untuk mencari persetujuan di Old Trafford, Liverpool pun datang untuk menyelamatkan Ashley Young, lapor media di Briatin hari ini.
Young kini menerima gaji £118,000 (RM703,873) seminggu dan sedang mencari tapak baru yang boleh memberikannya habuan lebih lumayan.
Sebelum ini pemain kebangsaan England itu turut dikaitkan dengan kelab Tottenham Hotspur.
Daily Star melaporkan, skuad The Reds itu sedang memperhatikan perkembangan rundingan Young dengan Spurs dan mungkin campur tangan jika kedua-dua pihak gagal mencapai persteujuan.
Sementara itu bekas penyerang Liverpool, Paul Walsh berkata apa yang diperlukan pemain kelab itu untuk menyinar adalah kekuatan mental.
"Saya tak pernah ke Liverpool dengan perasaan takut. Saya ke sana dengan sedar untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama," katanya.
Walsh tiba di Anfield dari Luton Town pada 1984 dan terpaksa bersaing dengan dua pemain hebat lain - Ian Rush dan Kenny Dalglish - untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Kata Walsh setiap pemain The Reds akan diperhatikan peminat.
"Jika ada pemain muda baru ke Anfield dengan takut-takut, gagal menjaringkan gol selepas beberapa perlawanan - itu akan menjadi masalah.
"Tiga perlawanan tanpa jaringan boleh berpanjangan menjadi sehingga lapan perlawanan," katanya.

