Selepas berjaya dalam ujian kesihatan, Rickie Lambert pun disahkan menyertai skuad West Bromwich Albion dengan kontrak selaa dua tahun.

Perpindahan Lambert dari Anfield itu dikatakan bernilai £3 juta (RM17.9 juta).

Penyerang England itu dikatakan terpaksa memilih untuk berhijrah ke pasukan lain untuk memastikan kekal menjadi kesebelasan utama di Liga Perdana Inggeris.

Jika kekal di Anfield, Lambert perlu bersaing dengan lebih ramai pemain ekoran kedatangan pemain kebangsaan Belgium, Christian Benteke (dari Aston Villa), Danny Ings (Burnley) Roberto Firminho (pemain Brazil, sebelum ini bermain untuk kelab Hoffenheim).

Lambert menyertai Liverpool dari Southampton.

Sepanjang setahun bersama The Reds, Lambert hanya mencatat dua gol daripada 25 perlawanan.

Daripada semua perlawanna yang disertainya, 18 bermula sebagai pemain simpanan.

Rekod Lambert, 33, di Souhampton memang baik. Dia menjaringkan 106 gol dari 207 penampilan antara Ogos 2009 hingga Jun 2014.

Pengurus West Brom, Tony Pulis berkata, Lambert adalah pemain yang baik, gagal dan berkarekter hebat.

"Kami sangat gembira dia menyertai kami. Saya tak sabar memasukkan dia dalam skuad ini," katanya.