Godaan 'terlampau' Syaitan Merah
Syaitan Merah yang menggiurkan mungkin lebih sesuai untuk menggambarkan jersi kelab Manchester United versi wanita bagi musim kali ini.
Walaupun ia dipercayai bukanlah jersi rasmi yang dikeluarkan kelab itu, pakaian berkenaan dijual di kedai di England dan menarik perhatian ramai.
Ia menjadi lebih 'menarik' apabila bukaan pada bahagian leher - berbentujk V - kelihatan terlalu ke bawah sehingga menampakkan bahagian pangkal dada pemakai.
Jersi 'ciptaan Adidas' itu didakwa dijual sejak 31 Julai lalu.
Ia mungkin menarik minat sesetengah pembeli, namun pada masa sama sebahagian wanita menolaknya dan menganggap ia keterlaluan.
@MUFCSphera
@101greatgoals
btw that's the mens one she's wearing. This is the ladies version
pic.twitter.com/SY0GlAFA91
— Helin (@MUnitedGirl)
August 1, 2015
Daily Mail melaporkan, jurucakap Adidas mendakwa produk tersebut lebih menonjolkan gaya hidup penyokong The Red Devils.
"Berdasarkan penelitian kepada reaksi penyokong, Adidas menawarkan kostum wanita yang merupakan sebahagian daripada produk gaya hidup kami.
"Ia memiliki rekaan berbeza untuk pilihan peminat," katanya.
Dalam kritikan ada anggap seksi
Susulan reka cipta jersi versi wanita tersebut, pelbagai komentar ditimbulkan peminat di Twitter.
"Serius Adidas? Mengapa leher V begitu rendah dibandingkan dengan jersi lelaki? Kami tidak suka memperlihatkan belahan dada," kata Helin, seorang penyokong MU.
Bagi Lucy Morris pula, reka bentuk jersi untuk wanita itu dianggap mengaibkan.
"Wanita bahkan tak boleh mengenakannya seperti biasa kerana tidak seperti kostum lelaki," katanya.
"Saya bukan seorang penggemar sepak bola tetapi ayah peminat MU dan saya kadang kala pergi menonton perlawanan bersamanya.
"Saya takkan pakai jersi ini semasa menonton perlawanan, saya pasti berasa aneh. Saya fikir memakainya membuatkan saya tidak selesa, bahkan tidak mahu melompat atau bersorak," ujar wanita berusia 20 tahun, Lucy Varley.
Sementara itu, ada juga peminat yang melihat jersi wanita tersebut secara positif.
"Secara pribadi, saya sangat menyukai model jersi wanita MU," jelas Andrea Ryder.
Sarah Penman pula berkata, perkembangan itu adalah hal positif untuk penyokong wanita dan dianggap sebagai seksi.

