EPL: MU menang kerana gol 'derma' Spurs
Perlawanan pertama pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/16 sejak Sabtu lalu menyaksikan keputusan rencam, termasuk kepada kelab elit.
Seperti biasa, ada kelab bermula dengan langkah kanan dengan mengutip tiga mata penuh dan di stadium lain, kelab tertentu mengalami kekecewaan pastinya ada yang menempah kekecewaan awal.
Manchester United yang membuka tirai EPL musim ini dengan bertemu Tottenham Hotspur adalah antara kelab yang bertuah kerana menang.
Anak buah Louis van Gaal itu mengutip tiga mata walaupun sekadar menang tipis 1-0 dan beraksi di gelanggang sendiri.
Malah, gol itu juga disumbangkan oleh pemain lawan yang membolosi gawang sendiri.
Kena kad merah
The Red Devils bakal turun menentang Aston Villa pada Sabtu ini.
Kelab bimbingan The Special One pula sekadar seri 2-2 di tangan Swansea.
Cerita lebih menarik dalam perlawanan itu bukanlah keputusan jaringan, sebaliknya nasib menimpa penjaga gol, Thibaut Courtois yang dibuang padang kerana mengasari penyerang lawan.
Kesilapan Courtois ( gambar ) merencatkan misi juara liga musim lalu itu melakar kemenangan awal di Stamford Bridge.
Sementara itu, nasib malang menimpa juara Piala FA, Arsenal yang kecundang di stadium keramat mereka, Emirates.
Kekalahan 0-2 kepada West Ham United pasti memberi tamparan besar buat pengurus Arsene Wenger selepas melakar kejayaan di Piala Sumbangsih.
Mereka dijadualkan bertandang ke Selhurst Park sebagai tetamu Cystal Palace yang turut berjaya membenam Norwich City 3-1 pada perlawanan pertama.
Selain itu, Liverpool turut mengutip tiga mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Stoke City.
The Reds hanya bernasib baik apabila berpeluang menghasilkan gol di minit-minit akhir permainan melalui Philippe Coutinho.
Keputusan itu pastinya melegakan Brendan Rodgers yang menganggap hutang kekalahan kepada Stoke pada perlawnaan akhir musim lalu terbayar.
Bagaimanapun, aksi paling cemerlang ditunjukkan Manchester City yang meletakkan mereka sebagai pendahulu liga dengan jaringan 3-0 mengatasi West Bromwich Albion.
Skuad kendalian Manuel Pellegrini bakal berdepan tentangan hebat bagi perlawanan seterusnya menanti kunjungan Chelsea ke Stadium Etihad.

