Tinju: Ronda yakin mampu kalahkan Mayweather
Juara dunia kelas bantam wanita UFC, Ronda Rousey, perbezaan jantina tidak akan menjadi penghalang kepadanya bertarung - dan memenangi - perlawanan menentang petinju profesional dan jaguh dunia, Floyd Mayweather.
Jika ada mana-mana pihak mahu menganjurkan pertarungan antara mereka, Ronda berkata, dia yakin Mayweather akan tunduk kepadanya.
Ronda berkata, Mayweather memang antara petinju terhebat di dunia.
"Tapi saya percaya saya mampu mengalahkan sesiapa sahaja dalam pertarungan tanpa peraturan di dunia ini," kata Rhonda.
Ronda berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peminatnya mengenai keupayaan mengalahkan Mayweather dalam acara no-hold barred .' dalam sesi temubual atas talian Reddit Ask Me Anything kelmarin.
Mayweather, 38, adalah juara dunia 12 kali dikhabarkan bakal bersara dari dunia tinju selepas pertarungan WBC. Pertarungan antara Mayweather dan Andre Berto bakal berlangsung 12 September depan di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas, AS.
Ronda yang turut muncul dalam filem Fast dan Furious 7 memang sering bertikam lidah selepas Mayweather mengaku tidak mengenalinya dalam satu temu bual pada 2014.

