Suatu ketika dulu - di zaman kegemilangannya - pasukan bola sepak Kelantan adalah skuad yang digeruni. Pernah menjadi juara yang bukan sekali.

Ketika itu Johor FC adalah boleh dianggap pasukan belasahan.

Sehinggalah muncul skuad 'satu lagi' yang mewakili negeri di selatan semenanjung, iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2013 dengan tampil dengan imej baru disertai pemain hebat tanah air.

JDT menggugat dan tiba-tiba pasukan bergelar The Red Warriors (TRW) itu tergugat.

Awalnya TRW dilihat berada dalam kelas tersendiri, termasuk memiliki gelombang semangat yang disuntik penyokong mereka yang sentiasa setia memenuhi stadium.

Kemudian, secara perlahan aksi Kelantan semakin longlai. Penyokong mereka juga menganggap JDT bertanggungjawab membawa kelesuan keapda TRW dengan mencuri beberapa pemain utama mereka seperti Shahrul Idlan Talaha, Daudsu Jamalauddin dan Nurul Azan Roya.

Kebangkitan JDT dengan jolokan skuad Harimau Selantan itu rupa-rupanya dinanti-nantikan peminat bola sepak tempatan.

Import tak konsisten

Liga Super edisi 2013 menyaksikan Kelantan menghabiskan saingan di tangga keempat berbanding JDT di tangga ketiga, manakala juara adalah Lions XII.

Kini berbaki tiga perlawanan dan JDT menjadi tetamu di Kota Bharu, dapat difahami betapa skuad elit itu menggalas harapan tinggi membawa pulang tiga mata penuh untuh kekal di puncak liga.

JDT kini dibarisi pemain tempatan yang tidak asing lagi seperti Amri Yahya, Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Safee Sali serta pemain import seperti Liciano Figueroa.

Kelantan pula diperkuat oleh Mohd Badri Radzi, Norfarhan Mohamad dan Wan Zack Haikal serta barisan pemain import yang dilihat tidak konsisten.

Justeru mampukah TRW menyekat kemaraan JDT atau hanya memberi laluan mudah untuk JDT menjuarai Liga Super buat kali kedua berturut-turut?

Pastinya malam ini, JDT akan berjuang habis-habisan memburu kemenangan memandangkan pesaing terdekat iaitu Pahang turut mempunyai peluang untuk meraih gelaran itu.