Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Senjata terbaru The Gunners minggu depan
Diterbitkan:  Aug 17, 2015 8:54 AM
Dikemaskini: 12:58 AM

Jika Emanuele Giulianelli bercakap benar, maka hanya beberapa langkah saja lagi Karim Benzema akan menyarung jersi nombor 9 Arsenal dan menjadi ayam tambatan terbaru The Gunners.

Wartawan Itali itu memang mengikuti perkembangan isu Karim sejak musim perpindahan bermula dan dikhabarkan berminat mendapat bimbingan daripada pengurus pasukan berasal dari Perancis, Arsene Wenger.

Menurut maklumat didedahkan Giulianelli, Karim sudah berlepas ke utara London dan meninggalkan Real Madrid.

"Karim mungkin menyarung jersi Arsenal seawal minggu depan," katanya.

Dipercayai Arsenal membuat bidaan pecah rekod £45 juta (RM289.6 juta) bagi mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan Perancis itu.

Kata Giulianelli, maklumat diperolehinya menunjukkan kelab Real Madrid sudah menerima tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, disebabkan setakat ini hanya Giulianelli yang membuat dakwaan itu, peminat The Gunners masih bersikap berhati-hati dan enggan meraikan berita berkenaan lebih awal.

Lihat Komen
ADS