Louis van Gaal memberi amaran kepada skuad bimbingannya bahawa tiada pemain akan dipilih secara automatik dalam skuad kesebelasan utama Red Devils.

Bercakap menjelang pertembungan kelayakan Liga Juara-juara kelab itu dengan Club Brugge KV, van Gaal mendakwa setiap pemain perlu bersaing sedaya mungkin untuk berada dalam kesebelasan utama.

"Tiada pemain dipilih secara automatik. Setiap pemain mengetahuinya dan kerana itu kita mempunyai semangat pasukan yang baik," kata beliau.

Sementara itu di sebalik ketegasan berkenaan, van Gaal masih tetap mempertahankan penyerang kelab itu, Wayne Rooney.

Selepas aksi hambar Ronney ketika menentang Aston Villa, pengurus MU itu masih mengharapkan penyerang utamanya segera menamatkan ketandusan gol yang dihadapinya.

"Saya sentiasa yakin dengan keupayaan pemain saya. Wayne Rooney bukan sahaja penyerang yang kami ada," kata van Gaal.

Bekas pemain kebangsaan Belanda itu juga mempertikaikan desakan media tempatan yang mahu dia mengubah posisi untuk Rooney.

"Media saran saya meletakkan Rooney di posisi tengah. Tapi selepas dua perlawanan, mereka kini meraguinya?" katanya.