Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Seri dengan Newcastle, lagenda MU kritik Van Gaal
Diterbitkan:  Aug 23, 2015 2:34 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Menyifatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Newcastle semalam sebagai aksi hebat pasukannya, Pengurus Manchester United (MU), Louis Van Gaal dikritik lagenda pasukan itu.

Paul Scholes berkata, beliau tidak nampak sesuatu yang menakjubkan pada perlawanan tersebut seperti mana yang dikatakan Van Gaal.

"MU beraksi di tempat sendiri, mereka perlu menang pada perlawanan ini. Tetapi penjaga gol lawan hanya membuat beberapa tepisan sahaja.

"Adakah itu hebat? Tidak bagi saya," katanya seperti dilaporkan BT Sport.

Val Gaal dalam kenyataan kepada media selepas perlawanan itu berkata, barisan pemainnya telah menunjukkan aksi hebat dan menakjubkan.

Tambah Scholes, dia yakin penyokong MU mahukan kemenangan setelah Van Gaal belanjakan £250juta (RM1.64 bilion) untuk membawa pemain baru sejak musim lalu.

Bekas pemain tengah MU itu bagaimanapun percaya dengan kemampuan Val Gaal dan sepatutnya fokus untuk membentuk rentak permainan lebih menarik.

"Setakat ini, MU hanya menang 1-0 pada dua perlawanan, adakah ia hebat?" soalnya.

Mengulas mengenai prestasi kelab itu, Scholes berpendapat, MU perlu perkemaskan barisan serangan pasukan.

Lihat Komen
ADS