Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kesetiaan Muller kepada Bayern dipuji
Diterbitkan:  Aug 25, 2015 6:24 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Dikaitkan dengan kelab Syaitan Merah sepanjang musim panas lalu, kapten Bayern Munich, Philipp Lahm gembira kerana Thomas Muller akan kekal bersama pasukannya.

Muller, 25, dikhabarkan bakal meninggalkan Munich untuk ke Manchester dengan bayaran €85 juta (RM413 juta).

Bercakap kepada akhbar Jerman, Munchener Merkur, Lahm berkata, Muller adalah salah seorang pemain contoh yang tidak goyah pendiriannya dengan tawaran lumayan.

"Muller adalah nyawa Bayern dan dia pemain sangat, sangat penting kepada kami," katanya.

Bayern memang konsisten menolak semua tawaran pemain penting mereka dan bertegas menjual sesiapa pun kepada Manchester United selepas Bastian Schweinsteiger melakukan 'langkah Old Trafford' sebelum ini.

Ketika siri jelajah Asia di China Julai lalu Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata, minat ditunjuk kelab luar terhadap Muller bagai "seekor itik yang lemas di Lautan Pasifik".

"Muller adalah pemain yang tidak diletakkan sebarang tanda harga," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS