Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pelumba cub prix negara, Norizman Ismail mempamerkan tunggangan cemerlang apabila muncul juara perlumbaan kedua kategori Underbone 130cc pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, Ahad.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit 37.225 saat untuk menewaskan pemenang perlumbaan pertama, Gupita Kresna Wardhana dari Indonesia yang mewakili pasukan Manual Tech KYT Rextor, yang ketinggalan 0.188 saat di belakang.

Rakan senegara Gupita, Ferlando Herdian yang mewakili BKMS Indonesia Racing Team sekadar meraih kedudukan ketiga selepas mencatat masa 17'37.561 saat.

Kemenangan itu, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Norizman yang kekal menghuni tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 118 mata, hanya dibezakan 33 mata di belakang Gupita yang mengumpul 151 mata manakala Ferlando pada tangga ketiga dengan kutipan 107 mata.

Sementara itu, pelumba Jepun, Yuki Takahashi mempamerkan aksi cemerlang setelah memenangi kedua-dua pusingan perlumbaan kategori SuperSports 600cc.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu yang muncul juara perlumbaan pertama semalam, terus mempamerkan tunggangan mantap untuk memenangi perlumbaan kedua melibatkan 16 pusingan menerusi catatan masa keseluruhan 26 minit 50.020 saat.

Rakan senegara Yuki iaitu Tomoyoshi Koyama yang mewakili pasukan T.Pro Yuzy Honda NTS menduduki tangga kedua setelah ketinggalan 8'487 saat di belakang Yuki manakala pelumba pasukan Manual Tech KYT Kawasaki, Ahmad Yudhistira di tempat ketiga dengan masa 26'58.507 saat.

Selepas empat pusingan, Takahashi mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 127 mata dan Koyama (117 mata) manakala seorang lagi pelumba Jepun, Yuki Ito dari pasukan Petronas Hong Leong Yamaha di tangga ketiga dengan 91 mata.

Sementara itu, pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvapat merekod kemenangan berganda setelah memenangi kedua-dua pusingan perlumbaan kategori Asia Production 250cc menerusi catatan masa 20 minit 02.246 saat untuk menewaskan rakan sepasukan, Sitthisak Onchawiang di tempat kedua yang ketinggalan 0.247 saat di belakang.

Pelumba Jepun, Takehiro Yamamoto yang beraksi untuk pasukan Trickstar Kawasaki Racing menduduki tempat ketiga dengan masa 20'02.552 saat, namun kekal mendahului pungutan mata keseluruhan kategori berkenaan dengan kutipan 136 mata selepas empat pusingan perlumbaan.

KEPUTUSAN

SuperSports 600cc:

1.Yuki Takahashi JPN (Musashi Boon Siew Honda Racing) 26 minit 50.020 saat

2.Tomoyoshi Koyama JPN (T. Pro Yuzy Honda NTS) 26’58.507s

3.Ahmad Yudhistira INA (Manual Tech KYT Kawasaki) 26’58.933s

4.Yuki Ito JPN (Petronas Hong Leong Yamaha) 29’59.557s

5.Andi Farid Izdihar INA (Astra Honda Racing Team) 27’01.727s

Kedudukan Keseluruhan:

1.Yuki Takahashi JPN 127 mata

2.Tomoyoshi Koyama JPN 117

3.Yuki Ito JPN 91

4.Ahmad Yudhistira INA 87

5.Dimas Ekky Pratama INA 78

Anugerah Berpasukan:

1.Musashi Boon Siew Honda Racing 143 mata

2.T.Pro Yuzy Honda NTS 117

3.Astra Honda Racing Team 109

4.Petronas Hong Leong Yamaha 91

5.Manual Tech KYT Kawasaki 87

Asia Production 250cc:

1.Nakarin Athiratphuvapat THA (AP Honda Racing Thailand) 20’02.246 saat

2.Sitthisak Onchawiang THA (AP Honda Racing Thailand) 20’02.493s

3.Takehiro Yamamoto JPN (Trickstar Kawasaki Racing) 20’02.552s

4.Peerapong Boonlert THA (Yamaha Thailand Racing Team) 20’16.026s

5.Vorapong Malahuan THA (AP Honda Racing Thailand) 20’16.256s

Kedudukan Keseluruhan:

1.Takehiro Yamamoto JPN 136 mata

2.Apiwat Wongthananon THA 132

3.Nakarin Athiratphuvapat THA 119

4.Vorapong Malahuan (Honda) THA 77

5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) JPN 60

Anugerah Berpasukan:

1.AP Honda Racing Thailand 160 mata

2.Trickstar Kawasaki Racing 136

3.Yamaha Factory Racing Indonesia 56

4.YellowCorn Akeno Speed Racing 55

5.Yamaha Thailand Racing Team 40

Underbone 130cc:

1.Norizman Ismail MAS (Harian Metro Y-Teq SCK Honda) 17 minit 37.225 saat

2.Gupita Kresna Wardhana INA (Manual Tech KYT Rextor) 17’37.413s

3.Ferlando Herdian INA (BKMS Indonesia Racing Team) 17’37.561s

4.Elly Idzlianizar Ilias MAS (Harian Metro Y-Teq SCK Honda) 17’37.662s

5.S.Sasitharen MAS (Harian Metro Y Teq SCK Honda) 17’37.712s

Kedudukan Keseluruhan:

1.Gupita Kresna Wardhana INA 151 mata

2.Norizman Ismail MAS 118

3.Ferlando Herdian INA 107

4.Anggi Permana Putra INA 99

5.Ahmad Fazrul Sham MAS 56

Anugerah Berpasukan:

1.Manual Tech KYT Rextor 151 mata

2.Harian Metro Y-Teq SCK Honda 121

3.BKMS Indonesia Racing Team 107

4.Petronas Hong Leong Yamaha 78

5.Felda PB Racing 76

- Bernama

Lihat Komen
ADS