Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Eva belum puas
Diterbitkan:  Sep 10, 2015 12:42 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Wanita paling cantik yang pernah bersama Chelsea sebagai pegawai perubatan pasukan, Eva Carneiro, dikhabarkan mahu membawa masalah yang dihadapinya dengan kelab tersebut ke muka pengadilan.

Tindakan itu dikatakan akan diambil selepas Eva disingkir dari The Blues susulan insiden pergaduhan dengan pengurus, Jos Mourinho.

Eva bersama pelatih fizikal utama pasukan itu, Jon Fearn digantung daripada tugas mereka susulan kejadian itu dan sehingga kini mereka masih menganggur.

Itulah yang menyebabkan Eva kecewa dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Chelsea sekiranya dia tidak dibenarkan kembali ke Stamford Bridge.

Perang antara Eva dan Mourinho berlaku ketika Chelsea terikat dengan jaringan 2-2 menentang Swansea City pada 8 Ogos lalu.

Eva bertindak masuk ke padang untuk merawat Eden Hazard walaupun belum ada isyarat (pengadil) supaya rawatan itu dilakukan.

Kesannya, Eva dan Fearn dimarahi Mourinho.

Masuk membantu tanpa diminta

The Special One berasakan pasukan perubatan itu terlalu gelabah kerana ketika itu Chelsea bermain denga 10 pemain selepas Thibaut Courtois dikenakan kad merah.

Apabila Hazard dirawat, mereka hanya bermain dengan sembilan pemain menjelang penghujung masa perlawanan itu.

"Saya tidak suka pasukan perubatan walaupun dia doktor atau pembantu di bangku simpanan. Dia (Eva) sepatutnya faham pertandingan, jika masuk ke padang untuk membantu pemain dia perlu memastikan pemain itu mengalami kecederaan serius.

"Saya yakin Eden (Hazard) tidak mengalami kecederaan serius. Dia dikasari dan keadaannya ketika itu cuma kepenatan," kata Mourinho sejurus selepas perlawanan itu.

Pasukan perubatan hanya menjadikan lapan pemain di padang ketika Swansea melakukan serangan. Saya bimbang kita tidak cukup pemain itu bertahan," tambahnya.

Sejak kejadian itu, Mourinho memilih untuk tidak menggunakan khidmat Eva dan pasukan fisiotrapi Fearn. Mereka diganti oleh Chris Hughes dan Steven Hughes.

Lihat Komen
ADS