Tuah Osama di 'kaki' wartawan Hungary
Mungkin sesekali tuah manusia juga boleh dilihat 'di kaki'.
Selepas dikhianati, ditendang dan ditangkap namun ia bukanlah cerita duka selamanya untuk Osama Abdel Muhsen Alghadab.
Bagi pelarian dari Syria itu insiden dia tersembam akibat dibentes wartawan Hungary ketika melarikan diri daripada polis sebaliknya membawa tuah tersendiri.
Ketika kejadian Osama sedang mendukung anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, Zaid, sedang menyeberangi sempada Serbia - Hungary pada 8 September lalu.
Osama y Zaid, los refugiados sirios que Petra Laszlo tiró al suelo, ya están en Alemania con su hijo mayor Mohmmad. pic.twitter.com/oNHiYWUQnx
— Marina Sardiña (@MarinaGellhorn) September 12, 2015
Diburu pihak berkuasa Osama, Zaid dan pelarian lain bergegas menyelamatkan diri sambil insiden itu dirakam wartawan, termasuk Petra Laszlo.
Petra, 40, adalah ahli parti nasionalis Hungary yang bertugas untuk stesen televisyen N1TV negara itu.
Dia membuat laporan mengenai pelarian yang menyeberangi sempadan ketika dilihat menghalang laluan Osama menyebabkan lelaki terbabit tersungkur.
Petra kemudian dipecat dan beberapa hari kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya.
Osama - berasal dari Deir az-Zor, Syria - bagaimanapun setakat ini enggan memaafkan Petra.
Dia bersama ribuan pelarian lain pergi ke Turki selepas negara mereka mengalami kemusnahan akibat perang.
Beberapa hari lalu nasib mula berubah. Osama tiba di Madrid, Sepanyol dan menerima sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Zaid pula kelihatan tersenyum bersama abangnya, Mohamed, 18.
Osama, 52, yang pernah bekerja sebagai guru penyelia sukan di tempatnya kini ditawarkan menjadi jurulatih kelab bola sepak Getafe, sebuah bandar terletak di pinggir Madrid.
Ketua jurulatih Sekolah Sukan Cenafe di Getafe, Miguel Angel Galan berkata pihaknya mengesan Osama selepas mendapat tahu insiden menimpa di sempadan Hungary itu.
"Kami kemudian mendapat idea untuknya membantu jurulatih di kelab ini," katanya.
Tidak cukup degan itu, pihak berkuasa tempatan juga bermurah hati menyediakan rumah kepada Osama dan anak-anaknya.
The man kicked by #PetraLaszlo . Turned out he was tortured under Assad & escaped from ISIS. http://t.co/AqYgEGDZDg pic.twitter.com/10rxonkT0i
— Szabolcs Panyi (@panyiszabolcs) September 9, 2015

