Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kempen kumpul dana pecat Rodgers
Diterbitkan:  Sep 20, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Gara-gara kecewa dengan aksi hambar Liverpool, seorang penyokong The Reds , Michael Gavin memulakan inisiatif mengumpul dana bagi membolehkan kontrak pengurus pasukan Brenden Rodgers ditamatkan segera.

Dikenai sebagai Dana Pecat Brendan Rodgers, kempen itu dimulakan secara atas talian kira-kira seminggu lalu oleh Gavin.

Walaupun ia tidak menjejaskan kedudukan Rodgers namun kesungguhan peminat tersebut membayangkan kekecewaan sebahagian peminat kepada cara pengurus itu mengendalikan Liverpool.

Melalui kempen berkenaan Gavin meminta sumbangan ramai untuk meyakinkan pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) untuk menamatkan kontrak Rodgers.

Sudah sampai masa

"Halaman ini telah ditubuhkan untuk menunjukkan kepada FSG bahawa peminat LFC (Liverpool FC) begitu terdesak untuk menyingkirkan Rodgers dan kami sanggup membayar kos pemecatannya.

"Sudah tiba masanya untuk Rodgers meletak jawatan. Cukuplah," kata Gavin melalui penerangan di halaman kempennya.

Kempen setakat ini mengumpu dana lebih RM2,200 hasil sumbangan orang ramai.

Untuk membiayai kos pemecatan Rodgers, wang yang diperlukan ialah RM47.8 juta.

Menariknya, di sebalik minat orang ramai menyokong idea pemecatan Rodgers, segelintir peminat kecewa dengan tindakan Gavin yang dilihat memalukan kelab.

The Reds hanya memperoleh tujuh mata hasil daripada lima perlawanan pertama musim ini namun jika dibandingkan dengan Chelsea, ia tidaklah seburuk mana.

Kekalahan dua perlawanan terakhir, termasuk 3-1 ke atas Manchester United dianggap persembahan yang paling teruk untuk pasukan itu di bawah Brendan Rodgers musim ini.

4 pictures which sum up why Brendan Rodgers will surely be sacked as Liverpool FC boss in the coming weeks...

Posted by 101 Great Goals.com on Tuesday, April 28, 2015

Lihat Komen
ADS