Regu badminton menang jelajah NZ, Australia
Pasangan regu badminton negara yang dalam jelajah tiga bandar raya New Zealand dan Australia menjuarai 2015 Victor Maribyrnong International Series di Melbourne pertarungan tiga set.
Pemain kelahiran Sabah Vountus Indra Mawan, 26, dan Darren Isaaz Devadas, 20, dari Kuala Lumpur menewaskan pasangan Australia, Matthew Chua dan Sawan Serasighe 24-22, 21-10, 21-14 dalam perlawanan akhir.
"Kami memberi tentangan sengit selepas kalah pada set pertama. Kami melalui empat perlawanan yang mudah sebelum sampai ke akhir," kata Darren kepada Bernama malam tadi.
Minggu lepas pasangan Malaysia dari Akademi Badminton Kawasaki New Vision di Kuala Lumpur menjuarai jelajah siri di Auckland, New Zelanad dengan mengetepikan pasangan Poh Li Wei dan Yang Ming Tse dari Taiwan 21-7, 21-12.
Pasangan Malaysia itu yang memperlihatkan permainan memberangsangkan sebelum ini telah terbang ke Sydney hari ini untuk perlawanan terakhir siri jelajah.
"Kami berharap meneruskan kejayaan di Sydney nanti dan kembali dengan kejayaan," kata Darren.
Katanya beliau dan Vountus telah menerima sambutan hangat di sini dan di Auckland dan menambah, mereka seronok menyertai siri jelajah Victor Maribyrnong International.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jurulatih K. Yogandran.
"Beliau membuat persediaan untuk kami dengan baik sekali," jelasnya.
- Bernama

