Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Dilema Liverpool: Rodgers atau Klopp?
Diterbitkan:  Sep 22, 2015 5:17 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Peminat The Reds mungkin terpaksa menahan sabar lebih lama untuk melihat pembaharuan berlaku pada kelab itu.

Walaupun desakan semakin kuat untuk Livepool menggantikan Brendan Rodgers dengan pengurus lain, pemilik kelab berkenaan, Fenway Sports Group (FSG) nampaknya belum bersedia membuat langkah awal.

Akhbar Independent melaporkan dua pemilik FSG - John W Henry dan Tom Werner - sudah diberi amaran supaya tidak mengambil bekas pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp.

Klopp pernah membawa Dortmund digeruni di Bundesliga dan Eropah namun meninggalkan kelab itu selepas musim 2014/14 berakhir.

Ketika itu dia ada membayangkan minatnya untuk bekerja di England.

Rodgers yang diambil The Reds ketika menguruskan kelab Swansea sedang berdepan tekanan kerana hanya mencatat dua kemenangan daripada enam perlawanan pertama EPL musim ini.

Keadaan itu menjadikan Liverpool kini terperuk di kedudukan ke-13 liga.

Mungkin bukan Klopp

Menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif FSG, Ian Ayre, dan Presiden FSG Liverpool, Mike Gordon masih memberi sokongan kepada Rodgers.

“Gordon dan Ayre masih mempunyai keyakinan kepada Rodgers dan berjanji tidak akan memecat beliau," katanya.

Kata sumber itu lagi, mesej yang disampaikan Ayre dan Gordon kepada bos mereka di AS ialah, keadaan bakal pulih sebaik saja Jordan Henderson, Daniel Sturridge serta Philippe Coutinho pulih daripada kecederaan.

Jika FSG mahu mengetepikan pandangan Gordon dan Ayre pun (untuk memecat Rodgers), kata sumber dalaman, pemilik syarikat mungkin tidak akan mengambil Klopp.

"Di Dortmund Klopp mendapat sokongan dan pujian peminat tetapi nampaknya ada orang sudah mengingatkan bahawa dia bukan pengurus sesuai untuk Liverpool.

"Nampaknya pihak yang memberi amaran itu adalah orang yang pernah bekerja secara langsung dengan Klopp," katanya.

Sturridge dan Coutinho kembali menyarung jersi The Reds ketika Liverpool sekadar seri 1 - 1 dengan Norwich.

Lihat Komen
ADS