Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kad merah Gabriel dibatalkan
Diterbitkan:  Sep 23, 2015 1:43 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

FA England menerima rayuan Arsenal yang mempertikaikan tindakan pengadil memberikan kad merah kepada pemainnya, Gabriel Paulista, kerana kononnya mengasari Diego Costa.

Ekoran keputusan itu larangan tiga perlawanan terhadap Gabriel dibatalkan serta-merta, bermakna Arsene Wenger tetap boleh menurunkan pemain dari Brazil itu untuk perlawanan Piala Capital One awal pagi nanti (waktu Malaysia).

Semalam Costa didapati bersalah oleh panel bebas yang mengkaji insiden di Stamford Bridge itu melalui rakaman video.

Costa - diakui rakan sepasukannya sebagai pemain yang gemar menipu - mendakwa dia dikasari pemain Arsenal tetapi rakaman menunjukkan dia bertindak begitu pada sekurang-kurangnya dua kali termasuk terhadap Laurent Koscielny.

Dia diberi tempoh sehingga jam 6 petang ini (waktu England) untuk memberikan penjelasan mengenai insiden berkenaan.

Arsenal dan Chelsea bagaimanapun sama-sama didakwa gagal mengawal pemain masing-masing dalam perlawanan berkesudahan The Blues menang 2 - 0.

Lihat Komen
ADS