Beberapa jam sebelum turun 'bertarung' mempertahankan maruah Arsenal di White Hart Lane, pemain pertahanan Arsenal Gabriel Paulista menyampaikan rasa hatinya yang penuh emosi untuk peminat The Gunners .

Menggunakan Instagram, Gabriel, 24, mengongso imej dirinya bersama mesej: "Saya mahu berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan kalian. Saya sayang kamu semua #gunners #gabrielisagunner".

Gabriel dikecam kerana kurang matang selepas diprovokasi Diego Costa dalam perlawanan Arsenal - Chelsea Sabtu lalu.

Tindakan itu menyebabkan pengadil Mike Dean melayangkan kad merah kepada Gabriel.

Bekas pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Ledley King menggelar Gabriel sebagai "lurus bendul" kerana termakan umpan Costa.

Hari ini FA England membatalkan kad merah terhadap Gabriel selepas mengkaji semula insiden berkenaan melalui rakaman video.

Akaun Instagram Gabriel diikuti 185,000 peminat.

Pertemuan dengan Spurs awal pagi nanti (waktu Malaysia) adalah perlawanan pusingan ketiga untuk Piala Capital One bagi kedua-dua pasukan.

Sementara itu Chelsea bersedia 'berperang' dengan FA England kerana menghukum Costa dengan larangan tiga perlawanan.

Dalam kenyataan dikeluarkan The Blues hari ini, mereka berkata, kelab itu "sangat kecewa" dengan keputusan badan disiplin FA England menggantung Costa.