Mourinho rasa jadi mangsa

Pengurus Chelsea Jose Mourinho percaya kononnya ada "perancangan tertentu" untuk menggantung penyerang harapan kelab itu, Diego Costa ekoran keputusan FA England mengenakan hukuman terhadap penyerang kelahiran Brazil itu.

Costa terpaksa diketepikan dalam perlawanan menentang Newcastel Sabtu lalu yang berkesudahan Chelsea seri 2 -2.

Mourinho memang sangat memuji permainan Costa selama ini.

Schurrle tak dipercayai di Chelsea

Bekas penyerang Chelsea Andre Schurrle berkata dia meninggalkan kelab berkenaan ekoran hubungan dinginnya dengan Jose Mourinho.

Pemain antarabangsa Jerman itu kini mengikat kontrak kekal bersama Wolfsburg pada Februari lalu.

Dalam temubual dengan media, Schurrle berkata dia berasa Mourinho tidak lagi mempercayainya.

"Sukar untuk pemain muda mendapat tempat dalam kesebelasan utama Chelsea kerana ada pemain tertentu memang digemari Mourinho, seperti Eden Hazard," katanya.

Shaqiri: Stoke ada cita-cita

Bekas pemain Bayern Munich, Xherdan Shaqiri berkata, Stoke mempunyai cita-cita tertentu dan ia mendorongnya menyertai kelab berkneaan.

Menceritakan perasaannya menyertai EPL kali ini, pemain sayap warga Switzerland itu berkata, dia seolah-olah memasuki "liga terbaik di dunia".

Shaqiri, 23, menyertai Stoke dari Inter Milan dengan yuran perpindahan £12 juta (RM80.77 juta) pada Ogos lalu.

Dia membuat penampilan pertama bersama kelab baru itu ketika Stoke mengalahkan Bournemouth 2 - 1 pada Sabtu lalu.

EPL sukar diramal kali ini

Pemain legenda Arsenal, Thierry Henry berpendapat persaingan EPL musim ini begitu sukar diramal apabila kebanyakan kelab utama tidak menunjukkan prestasi sepatutnya setakat ini.