Mourinho hadapi dua nostalgia

Dua kenangan akan menjadi igauan buat Jose Mourinho ketika Chelsea melangkah ke Do Dragao untuk meneruskan saingan kumpulan G Liga Juara-juara Eropah menentang FC Porto, awal pagi esok.

Mourinho akan menghadapi bekas kelab asuhannya, serta pemain yang pernah disingkirkannya iaitu Iker Casillas.

Porto dikendalikan Mourinho pada awal 2000-an. Ketika itu, dia berjaya membawa pasukan itu meraih gelaran tiga piala, selain menjuarai liga Portugal.

Bekas kelab Mourinho itu juga kini diperkuat Casillas. Bekas penjaga gol Real Madrid itu akan turun untuk kali ke-152 di Liga Juara-juara pada pertemuan menentang Chelsea.

Barcelona tanpa Messi

Menghormati kecederaan penyerang Barcelona, pemain Bayern Leverkusen, Javier 'Chicharito' Hernandez mengaku kurang selesa walaupun skuad itu turun tanpa Lionel Messi.

Bakal melayan kehadiran Bayern Leverkusen di Camp Nou awal pagi esok, ketiadaan Messi mungkin menjadi kelebihan kepada anak buah Roger Schmidt, namun Chicharito menganggap bukan sesuatu yang baik untuk meraikannya.

"Messi cedera? Tak elok rasanya meraikan kecederaan pemain lain. Tiada yang lebih penting melainkan aspek kesihatan," kata bekas penyerang Manchester United itu.

Bayern Munich awasi penakluk Arsenal

Berdepan kelab Dinamo Zagreb yang menewaskan Arsenal pada perlawanan pertama kumpulan F dua minggu lalu, Josep Guardiola tahu dia perlu lebih berhati-hati.

Bagaimanapun, Guardiola dan kapten Philipp Lahm tidak mahu mempamerkan rasa cemas menghadapi perlawanan awal pagi nanti.

"Kekalahan Arsenal kepada Zagreb mengejutkan. Saya rasa ia satu kesilapan," kata Lahm.

Sementara itu, Guardiola melihat kekalahan Arsenal itu bukanlah satu kebetulan.

"Melihat pertandingan berlangsung anda mengetahui mengapa Zagreb menang. Persembahan mereka terurus dengan baik dan sangat agresif," kata Guardiola.

Misi wajib menang

Tiada pilihan lain buat pengurus Arsene Wenger selain mencipta kemenangan daripada perlawanan menentang Olympiacos.

Selepas tewas kepada Dinamo Zagreb pada perlawnaan pembukaan sebelum ini, kemenangan pertama menjadi buruan mereka.

"Kami perlu menang di tempat sendiri jika mahu layak ke pusingan seterusnya dengan mudah.

"Kami mempunyai musuh, kami tidak boleh kehilangan mata lagi terutamanya di tempat sendiri," katanya jurulatih kelahiran Perancis itu.

AS Roma tanpa Totti

Tarikh 27 September lalu menggenapkan usia 39 tahun buat Francesco Totti. Namun, kapten AS Roma itu diuji dengan kecederaan yang dialami saat kelabnya bakal berdepan BATE Borisov.

Kecederaan otot paha kanan itu dialami ketika Roma menang besar 5-1 keatas Carpi Sabtu lalu.

Hari ini Totti dilaporkan akan menjalani ujian untuk mengetahui berada lama kecederaan itu akan berlanjutan. Media Itali melaporkan Totty mungkin direhatkan selama dua bulan.

Pengurus Roma, Rudi Garcia berharap kecederaan pemainnya itu tidak begitu lama, lebih-lebih lagi kerana dua pemain harapan pasukan turut menghadapi kecederaan.

"(Seydou) Keita dan Totti mengalami cedera otot, manakala Edin Dzeko juga mengalami kecederaan lutut. Saya berharap kesemua mereka tidak mengalai kecederaan yang serius," kata Garcia.