Impian entah bila akan kesampaian.

Sekali lagi harapan negara memperoleh pingat emas Olimpik - melalui acara skuasy - berkecai apabila tuan rumah, Tokyo, mengetepikan sukan itu dalam temasya bakal berlangsung pada 2020 nanti.

Lebih memilukan, sukan skuasy diketepikan oleh lima acara lain yang dinilai penganjur lebih penting, termasuk sukan yang dianggap kurang penting di negara ini iaitu skateboarding.

Empat acara lain yang terpilih, lapor fourthofficial.com , ialah besbol, mendaki, karate dan ski.

'Dikorbankan' penganjur ialah skuasy, boling dan wushu - semuanya berpotensi untuk membawa pingat untuk Malaysia.

Menurut peraturan, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 berhak memilih acara yang akan dipertandingkan dalam Olimpik walaupun kata putus masih terletak pada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Badan itu akan mengundi untuk mengesahkan pilihan jawatankuasa penganjur tahun depan.