Juara FA, Arsenal mencipta sejarah buruk apabila gagal mengutip sebarang mata bagi dua perlawanan Liga Juara-juara Eropah.

Bagaimanapun, ia tidak mengurangkan keyakinan pengurus mereka, Arsene Wenger terhadap kemampuan The Gunners untuk mara ke peringkat seterusnya.

Walaupun kalah 2 - 3 kepada Olympiakos di gelanggang sendiri, Wenger melihat peluang masih ada terhidang.

“Titik mula perlawanan adalah apabila kedudukan seri 2 - 2, tetapi kami membiarkan pasukan lawan terus menyerang.

"Jika kami bertahan untuk tempoh lima minit lagi, kemenangan menjadi milik Arsenal," katanya seusai perlawanan.

Kekalahan pertama kepada kelab Olympiakos dalam saingan Liga Juara-juara meletakkan The Gunners di tangga terakhir kumpulan F.

"Kami masih mempunyai peluang untuk bangkit semula," tegas Wenger.

Arsenal bakal berdepan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich pada perlawanan ketiga pada pertengahan Oktober depan.

Sekiranya nasib tetap tidak menyebelahi mereka, maka harapan peminat setia mereka untuk melihat pasukan itu di pertas Liga Juara-juara bakal lenyap.