Bakal ditayang bermula 9 November depan, trailer filem dokumentari bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini ditayangkan melalui laman YouTube, kelmarin.

Filem yang diberi tajuk Ronaldo itu dilaporkan menjalani proses penggambaran selama 14 bulan.

Berdasarkan trailer selama dua minit itu, filem tersebut mengisahkan sisi lain kehidupan Ronaldo di samping kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Ia bukan kisah di atas padang semata-mata, sebaliknya turut memaparkan kehidupan berkeluarga, sosial dan kemasyarakat membabitkan pemain kebangsan Portugal itu.

So excited 😊 Here's the poster for my official documentary in cinemas soon. What do you think? ⚽️🎥

A photo posted by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Bagi peminat Ronaldo atau peminat filem sendiri, pastinya tidak sabar menanti kemuncula Ronaldo . Ini kerana filem tersebut digarap oleh pembikin filem biografi Senna yang mendapat pujian postif di kalangan pengkritik filem.

Sena mengisahkan mengenai kehidupan lagenda Formula One Brazil, Ayrton Senna.

Sementara itu, Ronaldo melalui akaun Instagramnya turut teruja dengan kemunculan filem tersebut.

"Sangat teruja. Ini poster rasmi untuk dokumentari saya di pawagam tidak lama lagi.

"Apa pendapat anda?" kata Ronaldo.