Liga Juara-juara: Gol 500 dan tuah Syaitan Merah
Ronaldo cipta gol ke-500
Misi bintang Real Madrid, Chrisiano Ronaldo untuk mengakhiri kemarau gol peribadinya tercapai apabila berjaya membolosi gawang kelab Sweden, Malmo FF sebanyak dua kali awal pagi tadi.
Gol yang terhasil dalam saingan peringkat kumpulan A Liga Juara-juara itu merupakan jaringan ke-500 dan 501 sepanjang karier Ronaldo.
Ia juga adalah gol ke-323 untuknya bersama Madrid.
Pada perlawanan di Stadium Swedbank itu, tuan rumah memberi tentangan hebat walaupun gagal mencipta sebarang gol, manakala Madrid hanya berada di depan pada minit ke-29 dan 90.
Berdasarkan rekod UEFA, Malmo menyasarkan empat percubanan tepat ke arah gawang Madrid. Nasib malang menimpa mereka apabila pemain, Victor Yotun diarah keluar padang kerana menerima dua kad kuning.
Madrid kini berada di kedudukan teratas kumpulan berbanding Malmo di tangga ketiga.
Dalam satu lagi aksi kumpulan A, Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Shakhtar Donetsk 3-0.
Gol dicipta Serge Aurier seawal minit ketujuh sebelum diikuti David Luiz pada minit ke-27 untuk meletakkan PSG pada kedudukan selesa.
PSG lebih bernasib baik apabila dihadiahkan gol sendiri oleh pemain Donetsk, Darijo Srna pada minit terakhir perlawanan.
Man United bertuah dapat penalti
Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal mengakui pasukannya bertuah diberikan sepakan penalti oleh pengadil sekali gus membantu kemenangan 2-1 mengatasi kelab Jerman, Vfl Wolfsburg.
The Red Devils memperolehi penalti ekoran pemain lawan, Daniel Caligiuri tersentuh bola dengan tangan dalam kotak penalti.
"Itu memang penalti, tetapi sebahagian pengadil lain mungkin tidak akan meniupkan wiselnya," kata Van Gaal seperti dilaporkan BT Sport sebaik tamat perlawanan.
Perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia) itu diakui Van Gaal sebagai "mencabar".
"Kami banyak mencipta peluang dan bertuah memperolehi penalti," kata jurulatih dari Belanda itu.
Sementara itu, aksi CSKA Moscow ditentang PSV Eindhoven berkesudahan dengan 3-2.
Atletico diaib di gelanggang sendiri
Atletico Madrid perlu mengakui kehebatan pasukan pelawat apabila mereka tewas 1-2 kepada Benfica di gelanggang sendiri.
Pengurus Atletico, Diego Simeone beranggapan pasukannya tampil dengan prestasi buruk apabila gagal memberikan fokus pada percaturan di minit-minit akhir masa perlawanan.
Pada pertemuan di Stadium Calderon itu, Atletico lebih dulu membuka tirai gol pada minit ke-23 melalui Angel Correa, amun, Benfica membalas dua gol masing-masing pada minit ke-36 dan 51.
"Ini adalah perlawanan yang baik dan lawan mempamerkan aksi amat bagus ketika bertahan.
"Kami memiliki peluang untuk menambah jaringan pada separuh masa pertama, tetapi tidak berhasil. Kami perlu lebih fokus dalam percaturan akhir," jelas Simeone.
Satu lagi aksi kumpulan C menyaksikan FC Astana dan Galatasaray seri 2-2.
Hart penyelamat Man City
Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini menyifatkan pasukannya dan Borussia Moenchengladbach masing-masing berpeluang meraih kemenangan.
Bagaimanapun katanya, penjaga gol The Citizens, Joe Hart menjadi pemisah dan menyumbang kepada kemenangan mereka dengan keputusan 2-1.
Aksi di Stadium Borussia Park itu, pasukan tuan rumah berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-20 melalui sepakan penalti namum terpaksa berputih mata apabila tendangan Raffael dinafikan Hart.
"Sangat penting untuk kami mencapai kemenangan, tetapi saya rasa kedua-dua pasukan mempunyai peluang.
"Borussia Monchengladbach bermain sangat baik selama 65 minit, tetapi Joe Hart melakukan beberapa tindkaan menyelamat yang amat bagus kepada kami," kata Pellegrini kepada Sky Sport.
Sementara itu, Juventus melakar kemenangan 2-0 ke atas Sevilla pada pertemuan di laman sendiri.
Pada perlawnaan ketiga selepas ini, Man City akan berdepan juara Liga Erpoah, Sevilla manakala Monchengladbach akan bertemu Juventus.
Keputusan penuh hari ini:
- Malmoe FF 0 - 2 Real Madrid
- Shakhtar Donetsk 0 - 3 Paris Saint Germain
- CSKA Moscow 3 - 2 PSV Eindhoven
- Manchester United 2 - 1 Wolfsburg
- FC Astana 2 - 2 Galatasaray
- Atletico Madrid 1 - 2 Benfica
- Borussia Moenchengladbach 1 - 2 Manchester City
- Juventus 2 - 0 Sevilla

