Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Mazzari pula nak ke Anfield?
Diterbitkan:  Oct 1, 2015 2:36 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Bekas jurulatih Inter Milan dan Napoli, Walter Mazzari dilaporkan sedang mempelajari bahasa Inggeris.

Khabar angin yang bertiup itu memperkuatkan lagi gosip mengaitkan Mazzari dengan penghijrahan ke England bagi menyertai cabaran EPL.

Namanya kini disebut-sebut bakal berkampung di Anfield untuk menyelamatkan Liverpool .

Sebenarnya Liverpool bukanlah satu-satunya kelab yang dikaitkan dengan Mazzari. Selain The Reds , Mazzari, 53, juga dikhabarkan akan menguruskan Sunderland dan Stoke City.

Liverpool kini dikendalikan Brendan Rodgers dan dilihat lesu sehingga merimaskan peminat mereka, manakala Sunderland dikendalikan Dick Advocaat. Mark Hughes pula menjadi pengurus Stoke.

"Dia mengikuti program lanjutan dan kini belajar bahasa Inggeris dengan baik," kata ejen Mazzari, Andrea D' Amico kepada FC Inter News, semalam.

Ditanya mengenai peluang Mazzari membimbing pasukan di EPL, D' Amico sebaliknya membei jawapan tersirat.

"Sukar untuk saya katakan. Mazzari merupakan jurulatih kelas atas. Dia membuktikan kemampuannya walau di mana sekali pun bekerja.

"Saya kira tidak penting untuk difikirkan di mana sekali pun kelab barunya nanti. Mazzari layak untuk berada pada tahap yang tinggi ," katanya.

Mengenai cabaran terbarunya, D' Amico berkata, ada dua perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu perancangan dan kontrak.

"Dia boleh berkhidmat dalam waktu terdekat atau pada akhir musim. Semua itu bergantung kepada perancangannya," tambah D' Amico.

Lihat Komen
ADS