Atlet terjun bertunang dengan kekasih sejenis
Atlet Olimpik Britain, Tom Daley mengumumkan ikatan pertunangan dengan kekasih homoseksualnya, Dustin Lance Black.
Hubungan itu diumum dengan bangganya oleh pasangan terbabit melalui iklan dalam akhbar The Times, sekali gus mengangkat percintaan sejenis mereka ke fasa baru.
Black dan Daley bercinta sejak dua tahun lalu.
Mereka dilaporkan mula menjalinkan hubungan pada musim bunga 2013 selepas Daley membuat pengakuan bahawa dia seorang gay di YouTube.
Pemenang Oscar
Daley merupakan atlet acara terjun yang pernah memenangi dua pingat emas untuk England dan sukan Komanwel 2010 serta pingat gangsa pada sukan Olimpik 2012.
Black pula merupakan seorang pengarah dan produser filem di AS serta aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual).
Dia pernah memenangi anugerah Oscar menerusi filem Milk yang memaparkan kisah hidup seorang aktivis LGBT.
Bagaimanapun, pemberitahuan yang dibuat pasangan itu dikritik kerana dianggap sebagai cara lama dan kolot.
Pasangan itu juga menjadi gosip di kalangan pengamal LGBT yang menganggap hubungan mereka tidak sesuai kerana perbezaan umur yang ketara.
#HeSaidYES and then #ISaidYES â¤ď¸
Posted by Tom Daley on Friday, October 2, 2015
Daley kini berusia 21 tahun, manakala Black menjangkau usia 41 tahun. Bagaimanapun, ada yang turut menumpang kegembiraan melihat kebahagian pasangan itu yang dipertonton secara umum melalui gambar di laman sosial.
Mereka dilaporkan akan menunggu selepas sukan Olimpik Rio 2016 berakhir sebelum membuat keputusan mengenai tarikh perkahwinan dan di mana ia akan berlangsung.

