Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Mourinho syak Chelsea dikhianati
Diterbitkan:  Oct 3, 2015 5:10 PM
Dikemaskini: 9:13 AM

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, mendakwa terdapat orang dalaman kelab itu yang membocorkan maklumat kepada umum sehingga perencanaan diatur gagal mencapai matlamat di padang.

Menggelarkan individu tersebut sebagai 'tikus', Mourinho bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut siapa pihak dimaksudkannya itu.

"Saya tidak akan memberitahu anda (wartawan). Mungkin kamu mempunyai sumber sendiri yang boleh membocorkan perkara ini.

"Kami berlatih semalam dan hari ini dan saya yakin ada beberapa tikus menyebarkan apa yang berlaku dalam kelab ini," kata jurulatih dari Portugal itu.

The Mirror melaporkan, kenyataan itu dibuat pada sidang media menjelang saingan EPL antara The Blues dan Southampton di Stamford Bridge, awal pagi esok.

Sebagai persiapan menerima kunjungan The Saints itu, Mourinho berkata, beberapa pemainnya mungkin tidak akan diturunkan sebagai langkah merangsang motivasi mereka.

"Pemain yang tidak diturunkan diharap sedia bekerja keras untuk mendapat tempat dalam skuad pada perlawanan selepas ini," katanya.

Chelsea bergelut dengan masalah mendapatkan kemenangan pada musim ini apabila berada di kedudukan bawahan liga.

Berada di kedudukan ke-14 The Blues hanya mengumpul lapan mata daripada tujuh perlawanan.

Lihat Komen
ADS