Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Legenda Liverpool idam Ancelotti
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 2:48 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Peminat The Reds sangat berharap kekosongan kerusi pengurus Liverpool dapat diisi Juargen Klopp, namun legenda kelab itu, John Aldridge ada pendapat lain.

Mengikut sifir Aldridge tokoh paling sesuai menggantikan Brendan Rodgers ialah Carlo Ancelotti.

Liverpool kini sedang mengalami proses peralihan ekoran pemecatan Rodgers sejurus selepas tamat perlawanan antara Liverpool dan Everton awal pagi Ahad lalu.

Rodgers sebenarnya tidaklah terlalu gagal mengemudi Liverpool setakat ini jika dibandingkan dengan Jose Mourinho di Stamford Bridge.

Jauh lebih unggul

Namun pemilik Liverpool - dan sesetengah peminat mereka - nampaknya gagal bersabar lebih lama.

"Saya akan terkejut jika tiada seorang pengganti diumumkan dalam masa seminggu ini. Secara peribadi saya memilih Ancelotti," kata Aldridge kepada Sky Sports .

Bagaimanapun, ketika ini nama Klopp begitu menjadi pilihan penyokong The Reds untuk menggantikan Rodgers .

Seperti Rodgers, Klopp juga antara barisan pengurus muda dan mempunyai ciri khas dalam falsafah perlawanan bola sepak.

Bagaimanapun, kata Aldridge, jika merujuk kepada latar belakang dan rekod kejayaan, Ancelotti jauh lebih unggul.

"Saya rasa Liverpool perlu selesaikan masalah mereka ini. Kita pasti tidak akan pecat seorang pengurus tanpa mengetahui penggantinya.

"Mereka beruntung apabila mempunyai tempoh dua minggu untuk selesaikan sebelum perlawanan seterusnya. Saya yakin Liverpool akan membuat pilihan mereka," katanya.

Bagi aksi seterusnya, The Reds akan bertandang ke White Hart Lane untuk menentang Tottenham Hotspur pada 17 Oktober nanti.

Saingan EPL ditangguhkan selama dua minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Tempoh itu dilihat mencukupi untuk pengurusan Liverpool menilai calon dan menetapkan pengurus baru kelab itu.

Lihat Komen
ADS